saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 13/10/2014

MPAJ guna kaedah racun nyamuk aedes

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berusaha mengurangkan kes demam denggi dengan melaksanakan kaedah cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk di sekitar kawasan kendaliannya.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Rosliza Mohd. berkata, pihaknya dengan kerjasama Pejabat Daerah Kesihatan Gombak menggunakan kaedah meracun jentik-jentik menggunakan larutan minyak selain semburan asap (fogging).

"Kaedah ini amat praktikal memandangkan kita membunuh jentik-jentik sebelum ia menjadi nyamuk sedangkan fogging digunakan hanya untuk membunuh nyamuk hidup," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam pada itu, Rosliza berkata, punca utama kes demam denggi meningkat pada tahun ini disebabkan sikap penduduk yang tidak menjaga kebersihan kawasan rumah dan sekitar.

"Mereka seharusnya mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kejiranan bagi mengelakkan ahli keluarga berisiko menghidap demam denggi yang boleh membawa maut," ujarnya.

Beliau juga menasihati mereka yang menghidap demam lebih daripada dua hari supaya mendapatkan rawatan segera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.