saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 14/10/2014

Hujan jejas bukti pencemaran

SALAH sebuah mesin penyedut pasir yang beroperasi ketika tinjauan di Batu 31, Sungai Selangor, Gombak semalam. - Utusan/Kamal Basir Wahab

GOMBAK 13 Okt. - Hujan lebat di Lembah Klang semalam terutama di kawasan Sungai Selangor telah menghilangkan beberapa bukti kesan pencemaran minyak sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mencari dalang yang mencemarkan sungai itu.

Pegawai Pejabat Tanah­ dan Daerah Gombak (PTDG), Datuk Nor Hisham­ Ahmad Dahlan berkata, bagaimanapun, siasatan tetap dijalankan secara terperinci bagi mengenal pasti punca masalah itu.

"Kita dapati ada beberapa petanda yang berkaitan dengan kejadian itu dan kita boleh menyiasatnya bagi mengetahui punca berlakunya pencemaran di Sungai Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke tapak yang disyaki menjadi punca pencemaran sungai di Matang Pagar, Mukim Rawang 2 dekat sini, hari ini.

Lawatan ke tapak yang melibatkan Sungai Kuang itu membabitkan kira-kira 20 orang daripada Majlis Perbandaran Selayang, Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan Selangor.

Semalam, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bertegas untuk melakukan siasatan dan pemantauan bagi mengenal pasti punca pencemaran air yang menyebabkan empat loji rawatan di Sungai­ Selangor ditutup serta menjejaskan hampir 800,000 pengguna.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya difahamkan air mentah di sungai tersebut dicemari dengan tumpahan cecair hidraulik dan pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Sementara itu, Nor Hisham berkata, pihaknya akan memantau kegiatan menyedut pasir di kawasan sungai tersebut bagi memastikan pengusahanya menjalankan kerja dengan teratur dan mengelak pencemaran.

Katanya, ini disebabkan pengusaha terbabit menggunakan minyak diesel sebagai bahan bakar dalam mesin untuk menyedut pasir dari sungai.

Dalam tinjauan di Batu 31, Sungai Selangor pula, pihaknya telah menemui­ sebuah mesin penyedut pasir yang terapung di sungai tersebut dan tong minyak bersaiz besar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.