saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 14/10/2014

Gangguan bekalan air : 91.2 peratus kawasan pulih

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sebanyak­ 91.2 peratus atau 883 lokasi daripada 968 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang dan Selangor­ telah pulih sepenuhnya sejak pukul 1 petang ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, baki daripada jumlah tersebut masih dalam proses pemulihan secara berperingkat.

Jelasnya, gangguan bekalan air adalah disebabkan penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang ekoran pencemaran terhadap sumber air mentah.

"Keempat-empat LRA berkenaan telah beroperasi semula sejak pukul 8 pagi semalam dan kebanyakan kawasan yang terlibat dengan gangguan­ telah mula mendapat bekalan air seperti biasa.

"Bagi sesetengah kawasan terutama di penghujung sistem bekalan air, tempoh pemulihan bekalan dijangka mengambil masa sehingga dua hari lagi untuk dipulihkan sepenuhnya.

"Dalam mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air melalui lori tangki terus digerakkan dari semasa ke semasa," katanya satu dalam kenyataan­ di sini, hari ini.

Kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ialah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Ia disebabkan oleh penutupan empat loji utama di Sungai Selangor pada pukul 8 malam kelmarin ekoran tumpahan­ cecair hidraulik di dalam sumber air mentah Sungai Selangor.

Menurut Priscilla, disebabkan jumlah kawasan yang terjejas dengan­ gangguan bekalan air adalah luas, bantuan air menerusi lori-lori tangki dan tangki statik tidak dapat dilakukan sepenuhnya ekoran sumber yang terhad.

"Keutamaan bantuan air kecemasan akan diberikan kepada pengguna kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

"Mereka juga diminta menggunakan bekalan air kecemasan sebaik mungkin termasuk untuk keperluan utama sahaja," jelasnya.

Sementara itu, katanya, talian bebas tol Syabas juga menerima jumlah trafik panggilan yang amat tinggi daripada pengguna berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual ketika ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.