saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 14/10/2014

PENDUDUK PPR BASMI DENGGI

Sebahagian daripada penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan rumah di PPR Seri Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.- Utusan/RUSHDI SALLEH

KIRA-KIRA 100 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia dan PPR Seri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan haiwan perosak lain baru-baru ini.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Garena Malaysia, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan Pejabat Kesihatan Cheras itu juga bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan tersebut dipelihara.

Pegawai Perubatan dan Kesihatan Kanan Jabatan Kesihatan DBKL, Dr. Nor Halizam Ismail berkata, sejumlah 5,349 kes denggi dicatatkan di Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dengan 13 jumlah kematian.

"Kuala Lumpur merupakan lokasi ketiga tertinggi selepas Kelantan serta Selangor dalam penularan wabak denggi dan ini amat membimbangkan.

"Di Parlimen Bandar Tun Razak sahaja terdapat 586 kes denggi yang dilaporkan," katanya.

Ujarnya, penduduk perlu bekerjasama dalam membantu menjaga kebersihan termasuk mendidik golongan­ belia mengenai langkah-langkah untuk membasmi wabak denggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.