saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 14/10/2014

Empat usahawan terima Anugerah Asnaf Cemerlang LZS

Mohamad Adzib Mohd. Isa (tengah) dan Mohamed Izam Mohamed Yusof (tiga dari kiri) bergambar bersama sebahagian penerima anugerah dalam Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang di Shah Alam semalam. - Utusan/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 13 Okt. - Perit jerih empat orang asnaf untuk keluar daripada belenggu kemiskinan akhirnya berbalas apabila mereka menerima Anugerah Asnaf Cemerlang 2014 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) atas kegigihan dalam bidang keusahawanan.

Empat individu terbabit ialah Norhayu Othman, 31, dan Rasman Nordin, 45, yang menerima anugerah­ daripada LZS atas kejayaan mengusahakan perniagaan makanan serta Omar Muhammad Noor, 54, dan Asri Kemin, 45, yang masing-masing terlibat dalam perkhidmatan van sekolah dan menjual sayur­-sayuran.­

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed dalam satu majlis di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa.

Kesemua asnaf menerima insentif wang tunai sebanyak RM3,000 serta sijil penghargaan atas kecemerlangan mereka.

Selain itu, remaja orang kurang upaya (OKU), Siti Nor Aishah Jamhari, 18, menerima bantuan zakat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti Sains dan Pengurusan di sini dan Mohd. Izhar Abdul, 52, yang menerima bantuan modal perniagaan untuk produk soya.

Pada masa sama, dua pelajar cemerlang daripada golongan asnaf turut menerima anugerah Pelajar Bestari iaitu Ahmad Shauqi Johara, 18, yang berjaya memperoleh keputusan 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu dan Nursyuhada Mohamad yang cemerlang di peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi dan Kewangan di Universiti Se-langor.

Dalam pada itu, Mohamed Izam berkata, majlis anugerah itu merupakan antara inisiatif yang diadakan oleh LZS setiap tahun sejak 2003 bagi mengiktiraf kejayaan golongan asnaf dalam bidang keusahawanan dan pendidikan.

Katanya, pada tahun lalu, LZS telah menyalurkan bantuan perniagaan sebanyak RM9 juta melibatkan 1,414 asnaf fakir dan miskin di negeri ini.

"Daripada jumlah asnaf yang menerima bantuan tersebut, seramai 219 orang berjaya keluar daripada golongan asnaf fakir dan miskin dan kini menjadi sebahagian daripada pembayar zakat di negeri ini," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.