saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 15/10/2014

Tanah perkuburan tidak cukup

AHMAD Phesal Talib (kiri) berbincang dengan Ismail Abu Bakar (dua dari kanan) dan Musa Abdul Ghani (kanan) semasa melawat Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/Farid Janudin

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Sebuah penempatan setinggan seluas 6.8 hektar di Ladang Bukit Jalil di sini, akan dibangunkan sebagai kawasan perkuburan Islam ekoran masalah kekurangan tanah kubur di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan penduduk di kawasan terbabit berhubung pemindahan mereka sebelum ia dibangunkan.

Katanya, usaha itu akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, setakat ini masih ada 39 keluarga setinggan yang enggan berpindah ke Projek Perumahan Rakyat Muhibbah dan rundingan­ akan diadakan semula yang turut melibatkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan.

"Penduduk setinggan tersebut meminta DBKL menyediakan tanah seluas 1.6 hektar kepada mereka untuk dijadikan sebagai tempat tinggal. Bagaimanapun kita tidak boleh berbuat demikian kerana sebelum ini lebih 100 penduduk lain di kawasan itu telahpun berpindah.

"Kita berharap penduduk memahami bahawa tanah perkuburan Islam yang ada kini tidak mencukupi untuk menampung jenazah dan kita memerlukan tanah baharu untuk membangunkan kawasan perkuburan di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Khairat Kematian Kampung Cheras Baru Bukit A, Ismail Abu Bakar dan Pengerusi Madrasatul Islamiah Cheras Baru, Musa Abdul Ghani.

Dalam pada itu, menurut Ahmad Phesal, Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari sepatutnya tidak lagi menerima jenazah baharu kerana telah penuh namun atas permohonan kariah di kawasan tersebut, DBKL menarik balik keputusan berkenaan.

Katanya, pihaknya akan membenarkan antara 50 hingga 60 jenazah­ dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.

"Penduduk turut meminta supaya laluan di tanah perkuburan ini dijadikan kubur ekoran kekurangan kawasan.

"Kita juga bercadang mengambil sebahagian tempat letak kereta untuk tujuan itu sebelum kawasan tanah perkuburan ini ditutup," ujarnya.

Beliau berkata, beberapa kawasan tanah perkuburan lain telah dikenal pasti oleh Jawi untuk dimanfaatkan pada masa akan datang iaitu di Tanah Perkuburan Islam Lebuhraya KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.