saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 15/10/2014

Bertindak tegas tangani pencemaran sungai

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Kerajaan digesa menguatkuasakan undang-undang lebih tegas terhadap kilang yang mencemarkan sungai selain memperkenalkan langkah agresif bagi mengekang pencemaran alam sekitar.

Presiden Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar, Datuk Abdul Malik Yusof berkata, pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) harus menghalang pencemaran bermula daripada akar umbi bagi mengekang perkara itu daripada berulang.

"Kita kena kaji lokasi sebenar pembuangan bahan-bahan toksik kerana ia membolehkan strategi berkesan dirancang untuk menghalang aktiviti pencemaran.

"Sampah-sarap juga menyumbang kepada pencemaran yang lebih serius kerana sampah tersebut akan menyerap bahan toksik dan kekal di dalam sungai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu pencemaran Sungai Selangor yang berpunca daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang cecair hidraulik dan menyebabkan penutupan empat buah loji rawatan air.

Kejadian itu mengakibatkan hampir 800,000 pengguna di Lembah Klang dan Selangor terjejas bekalan air.

Dalam pada itu, Abdul Malik juga menyarankan kerajaan supaya memperkasakan penggunaan teknologi hijau dengan menggubal undang-undang kecil mengenai penggunaan bahan plastik.

"Kerajaan harus mengehadkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan seharian kerana isu pembuangan sampah dalam sungai­ dan longkang sudah terlalu serius.

"Kita boleh menggunakan bahan mudah urai sebagai pengganti kepada plastik supaya sungai dan alam sekitar dapat dipelihara," katanya.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM), Gurmit Singh berkata, pencemaran sungai bukan isu baharu sebaliknya­ sudah menjadi masalah serius.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya bertindak lebih tegas dengan­ menekankan nilai-nilai sayangkan alam sekitar dan bukan bergantung kepada kempen lapuk.

"Undang-undang sedia ada sudah cukup tegas untuk menghukum pesalah tetapi yang penting adalah untuk menanam sikap memulihara dan memelihara alam sekitar kepada orang ramai.

"Jangan tunggu sehingga masalah semakin parah baru mahu bertindak, ini merupakan masalah negara dan yang menjadi mangsa keadaan ialah orang ramai," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.