saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 15/10/2014

54 peniaga asing ditahan

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Suasana di Pasar Pudu di sini, bertukar kelam-kabut apabila beberapa penjaja cuba menyimpan barang dan peralatan perniagaan bagi mengelak disita oleh penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Ops Tegas kelmarin.

Ini berikutan tindakan penjaja-penjaja meninggalkan peralatan perniagaan mereka di tempat yang tidak dibenarkan setelah pasar ditutup pada pukul 2 petang.

Gerai bergerak dan tong ikan antara yang diangkut oleh DBKL yang turut merobohkan stor-stor haram yang dibina secara kekal.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan­ DBKL, Minhad Ahmad, berkata, operasi di lokasi berkenaan­ telah dilakukan dengan menyasarkan peniaga warga asing dan peniaga tanpa lesen.

Menurutnya, seramai 54 warga asing ditahan dalam operasi selama dua hari itu dan 21 notis atas pelbagai kesalahan lesen turut dikeluarkan.

"Sebanyak 23 sitaan dibuat ke atas pelbagai jenis barang jualan dalam tempoh dua hari operasi itu. Kita juga memberi tumpuan kepada pembersihan kawasan dengan menyita barangan yang ditinggalkan sehingga menghalang laluan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi tersebut di sini, kelmarin.

Sebanyak 118 unit peralatan komputer juga disita setelah empat daripada enam premis yang diperiksa didapati menjalankan aktiviti perjudian.

Sementara itu, ketika operasi dijalankan, seorang penguat kuasa ditumbuk salah seorang peniaga yang berang dengan tindakan DBKL menyita barangan perniagaannya yang ditinggalkan bersama pembantu warga asing.

Peniaga berkenaan ditahan atas dakwaan mengganggu penjawat awam melakukan tugas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.