saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 15/10/2014

Bilik sampah jadi tempat teduh

HULU KELANG 14 Okt. - ­"Di­sebabkan kesempitan hidup, apa pilihan yang kami ada. Keutamaan kami sekarang hanya mengharap diberi tempat tinggal yang selesa memandangkan tempat berteduh ini terlalu daif dan mengancam keselamatan".

Demikian diluahkan seorang ibu tunggal yang terpaksa menjadikan sebuah bilik sampah sebagai tempat berteduh daripada hujan dan panas sejak dua bulan lalu.

Ibu tunggal berusia 38 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ita itu tinggal bersama dua anak perempuan remaja masing-masing berusia 14 da 17 tahun di tingkat bawah Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Sering, Ukay Perdana.

Baginya, itulah syurga buat diri dan anak-anaknya selepas kematian suami sejak dua tahun lalu.

Katanya, pendapatan sebanyak RM800 sebulan sebagai pekerja di sebuah kilang cetak dan penerbitan di sebuah kilang berhampiran tidak memungkinnya untuk menyewa rumah atau mencari tempat tinggal lain.

"Saya berharap ada pihak yang sudi membantu kami sekeluarga memberi bantuan rumah .Jika ada tempat tinggal yang selesa, sekurang-kurangnya dapatlah anak-anak saya menyambung persekolahan mereka yang tertangguh sejak setahun lalu," kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menceritakan lebih tentang nasib keluarganya itu, Ita berkata, selepas kematian suaminya pada tahun 2012, mereka sekeluarga menumpang di rumah adiknya di Blok B, PPR berkenaan sebelum membuat keputusan menyewa di salah sebuah rumah di blok berhampiran pada Mac lalu.

"Nasib tidak menyebelahi saya sekeluarga, apabila kami dihalau oleh tuan rumah pada Ogos lalu atas alasan saya melakukan perbuatan sumbang," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200, namun masih tidak mampu mencari rumah sewa.

"Saya bersyukur dalam keadaan begini masih ada jiran yang bersimpati apabila membenarkan kami sekeluarga menumpang mandi di rumahnya.

"Namun sampai bila kami ingin berharap kepada mereka," katanya.

Tambah Ita, semasa hayat suami pernah memohon rumah kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun sehingga ke hari ini tidak menerima apa-apa maklum balas.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan persekitaran rumah sampah yang dijadikan tempat berteduh tiga beranak itu bukan sahaja kotor tetapi juga tidak selamat.

Selain almari pakaian dan kabinet dapur, turut kelihatan sebuah katil dan sofa terpakai diletakkan bilik sampah yang ruangnya terbuka dan menjadi tempat laluan keluar masuk penghuni blok berkenaan,

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal ini boleh menghubungi talian 011-3553167 atau akaun BSN 14172-41-0000743-7.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.