saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 15/10/2014

Penduduk bimbang dinding rumah retak teruk

AMPANG JAYA 14 Okt. - Penghuni di Blok B, Pangsapuri Pandan Lake View di sini hidup dalam kebimbangan ekoran rumah yang mereka diduduki mengalami keretakan teruk sejak sebulan lalu.

Lebih membimbangkan semua aduan berkaitan tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak bertanggungjawab.

Seorang penghuni, Noor Hayati Muda, 40, berkata, sehingga hari ini tiada pihak yang tampil mahu membantu mereka.

"Saya dan keluarga tidak tidur lena setiap malam kerana bimbang dinding atau lantai rumah runtuh," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini.

Katanya, masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat anjuran Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri berkenaan beberapa kali, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Menurutnya, apa yang dikesalkan pihak bertanggungjawab langsung tidak prihatin terhadap keselamatan penghuni disitu.

Turut berkongsi perasaan, Lai Su Foh, 53,.

Dia yang berpindah ke pangsapuri itu sejak tahun 2003 meminta pihak bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan segera.

Katanya, ini bagi memastikan tahap keselamatan pangsapuri tersebut benar-benar selamat didiami atau sebaliknya.

"Perasaan takut dan bimbang sentiasa menyelubungi diri, lebih-lebih lagi keretakan dinding rumah kami semakin teruk," katanya.

Sementara itu, Izani Zainol, 36, berkata keretakan dinding rumah yang didiami sejak tahun 2006 itu dikesan kira-kira empat tahun lalu.

Katanya, kesan retakan itu semakin teruk sejak akhir-akhir ini.

"Apa yang lebih membimbangkan saya melihat sendiri tikus keluar masuk melalui bahagian dinding yang retak.

"Ini sudah cukup membayangkan keadaan dinding dan betapa bahayanya penduduk di sini," katanya.

Kata beliau, apa yang dikesalkan aduan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum ini seolah-olah tidak dihiraukan.

"Bukan sekadar aduan ber­tulis, kami turut menghantar gambar-gambar dinding retak sebagai bukti, tetapi langsung tidak dihiraukan," katanya kesal.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia ke pangsapuri itu mendapati dakwaan penghuni berasas.

Beberapa retakan di bahagian dinding rumah penghuni dilihat dan jika tidak dilakukan kerja-kerja baik pulih kemungkinan keselamatan penghuni terancam amat tinggi.

Lebih memburukkan keadaan apabila luar pangsapuri berkenaan turut berlaku mendapan tanah.

Selain itu persekitaran pangsapuri terutama di bahagian longkang turut didapati retak.

Utusan Malaysia turut difahamkan, beberapa pemilik unit pangsapuri berkenaan juga mengambil keputusan berpindah berikutan bimbangkan keselamatan mereka.

Sehubungan itu pihak bertanggungjawab diminta segera tampil membantu penghuni menyelesaikan masalah mereka sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.