saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 16/10/2014

Peluang kenali Kampung Baru

Ahmad Phesal Talib (tengah) mendengar penerangan mengenai rumah tradisional Melayu oleh pemandu pelancong, Jane Rai (kanan) selepas melancarkan Jalan-Jalan @Kampung Baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Orang ramai berpeluang menikmati suasana di Kampung Baru menerusi pakej pelancongan baharu yang dilancarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Dikenali sebagai 'Jalan-Jalan @ Kampung Baru', pelancong akan dibawa berjalan kaki sejauh dua kilometer dengan bantuan pemandu pelancong yang mempunyai pengetahuan luas mengenai sejarah, kebudayaan dan keunikan kawasan itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, lawatan itu akan diadakan tiga hari seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Ahad mulai pukul 4.30 petang hingga 7 malam.

"Ia diadakan pada waktu petang kerana suasana di Kampung Baru lebih meriah menjelang malam. Ini sudah tentu memberi pengalaman menarik kepada peserta lawatan itu," katanya selepas melancarkan produk pelancongan itu di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, di sini baru-baru ini.

Selepas pelancaran tersebut, Ahmad Phesal turut mengambil bahagian bersama media dan pelancong asing berjalan kaki dari Kelab Sultan Sulaiman ke Hotel Regency.

Menurutnya, program itu melibatkan laluan dari Jalan Datuk Abdul Razak, Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Raja Alang.

Katanya, bagi tujuan itu DBKL telah memperuntukkan RM50,000 setahun bagi tujuan promosi serta pembayaran kepada pemandu pelancong.

"Peserta akan bergerak dalam kumpulan kecil mengandungi 20 orang dan kita menyasarkan jumlah pelancong yang akan menyertai lawatan ini sebanyak 2,500 orang setahun.

"Sekiranya sambutan memuaskan, kita tiada masalah untuk menambah jumlah lawatan kepada lima hari seminggu," ujarnya.

Beliau berkata, Unit Pelancongan DBKL telah mengadakan beberapa sesi percubaan sejak pertengahan September dan kebanyakan pelancong berpuas hati dengan produk pelancongan baharu tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.