saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 16/10/2014

Imej baharu Dataran Merdeka

Galeri Kuala Lumpur antara bangunan yang terletak berhampiran Dataran Merdeka dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing.

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Imej Dataran Merdeka hari ini lebih segar apabila projek naik taraf kawasan itu, terutama bahagian padang siap sepenuhnya pada April lalu.

Padang Dataran Merdeka yang ditutup selama lima bulan bagi proses penanaman semula rumput bernilai RM3.8 juta, menjadi antara aspek utama dalam projek berkenaan.

Sebagai syarikat yang dilantik, RS Greenmaster (M) Sdn. Bhd. berjaya menyiapkan kerja-kerja naik taraf dalam tempoh ditetapkan.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Md. Adnan Suratman berkata, kerja-kerja naik taraf itu merangkumi 21 proses kerja.

Adnan Suratman (tengah) bersama pegawai DBKL menunjukkan tapak bekas kriket yang dikekalkan bagi tujuan tarikan kepada pelancong ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, ini termasuk naik taraf sistem saliran air permukaan dan saliran bawah tanah, pemulihan dan penggiatan semula tanah atas dan penanaman benih.

Turut terlibat pembinaan sis tem pengairan automatik dan pembekalan sistem pelapik rumput.

"Hasil pembenihan rumput menggunakan jenis Bermuda Hybrid Princess 77, padang berkeluasan 15,000 meter persegi itu kini dijangka lebih tahan lama sehingga 20 tahun.

"Bagi memastikan ketahanannya, mana-mana acara melibatkan pembinaan struktur atau penggunaan ruang atas padang secara langsung, akan disyaratkan menggunakan pelindung atau pelapik rumput yang disediakan," katanya.

Beliau berkata, penggunaan pelapik berkenaan bagi memastikan rumput tidak terjejas apabila ia masih mampu mengalirkan air dan udara menerusi ruang atau lubang yang ada.

Mengulas mengenai keadaan padang yang didapati rosak dan tercemar, beliau berkata, ia berlaku selepas beberapa acara diadakan di padang itu.

Antaranya, acara menonton Piala Dunia melalui skrin diikuti sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada Ogos lalu.

"Keadaan ini disebabkan sikap segelintir orang awam yang kurang bertanggungjawab menjaga kebersihan.

"Walaupun tong sampah disediakan, masih ramai yang membuang sampah di merata-rata tempat sekitar padang ini," katanya.

Md. Adnan berkata, tanggungjawab menjaga kebersihan dan keindahan Dataran Merdeka tidak hanya dipikul DBKL, sebaliknya orang awam turut sama bertanggungjawab.

Tambahnya, sebuah pondok pengawal turut didirikan berhampiran padang Dataran Merdeka bagi memantau sebarang kegiatan yang melanggar peraturan dan menjejaskan persekitaran padang.

"Bagi memastikan aset warisan ini tidak disalahgunakan, DBKL mengenakan beberapa syarat kepada mana-mana penganjur yang berhasrat menjalankan aktiviti di sini," katanya.

Katanya, ini termasuk menjaga kebersihan dan keindahan Dataran Merdeka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.