KOTA
ARKIB : 16/10/2014
Dash atasi kesesakan Puncak Perdana
SHAH ALAM 15 Okt. - Penduduk yang mendiami kawasan di sepanjang projek Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (Dash) akan mendapat manfaat besar daripada keputusan kerajaan meluluskan peruntukan pembinaannya dalam Bajet 2015.
Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari berkata, meskipun segelintir penduduk membantah pembinaan lebuh raya itu, mereka seharusnya melihat dari sudut positif.
Menurutnya, pembinaannya bertujuan mengatasi kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal terutama di sekitar kawasan perumahan Puncak Perdana.
"Langkah meneruskan projek tersebut amat tepat memandangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya ini semakin teruk," katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.2 bilion bagi melaksanakan projek Dash.
Dash adalah lebuh raya tiga lorong sepanjang 20.1 kilometer bermula dari persimpangan Puncak Perdana hingga persimpangan Penchala dan menghubungkan Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Jalan Sungai Buloh, Institut Penyelidikan Getah, Kota Damansara, Damansara Perdana dan Mutiara Damansara.
Bagaimanapun, projek tersebut mendapat bantahan daripada penduduk terutama di Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Desa Temuan dan Kota Damansara.
Azhari memberitahu, pengumuman peruntukan bagi pembinaan Dash disambut baik oleh ribuan penduduk Shah Alam khususnya warga Puncak Perdana.
"Kami menyokong penuh pembinaan Dash walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dan membantah projek itu.
"Kerajaan perlu mendengar keluhan rakyat yang sudah lama berdepan masalah kesesakan lalu lintas," ujarnya.
'Bukan salah kami'
LRT3 lonjak nilai hartanah di Shah Alam
Pensyarah MMU cipta sistem hadapi bencana alam, kecemasan
Sokong lupus deposit 10 %
Peluang kenali Kampung Baru
Imej baharu Dataran Merdeka
PicoSA mampu lahirkan pencipta muda kreatif
Dash atasi kesesakan Puncak Perdana
Pelajar 36 sekolah kutip 80,000 kilogram bahan kitar semula
Tanah perkuburan tidak cukup
Bertindak tegas tangani pencemaran sungai
54 peniaga asing ditahan
Bilik sampah jadi tempat teduh
Penduduk bimbang dinding rumah retak teruk
Hujan jejas bukti pencemaran
Gangguan bekalan air : 91.2 peratus kawasan pulih
PENDUDUK PPR BASMI DENGGI
Empat usahawan terima Anugerah Asnaf Cemerlang LZS
Kuala Lumpur masih selamat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












