saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 16/10/2014

Pelajar 36 sekolah kutip 80,000 kilogram bahan kitar semula

SEBAHAGIAN daripada pemenang bergambar selepas menerima hadiah pada Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM 15 Okt. - Sebanyak 80,276.6 kilogram (kg) bahan kitar semula berjaya dikumpulkan oleh para peserta Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohtar Hani berkata, penganjuran program kali kelapan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah terhadap pentingnya amalan kitar semula dan menjaga kebersihan alam sekitar.

"Penyertaan pelbagai kelompok pelajar dari 36 buah sekolah termasuk tadika, sekolah rendah hingga ke sekolah menengah sangat membanggakan.

"Kesedaran mengitar semula sampah perlu ada, demi memulihara alam sekitar dan sumber alam semulajadi serta mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti pembuangan sisa atau sampah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut di sini, baru-baru ini.

Pertandingan itu diadakan dengan kerjasama syarikat pengeluar minuman, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (F&N).

Yang hadir sama ialah Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N, Cariessa Goh dan Pengurus Alam Sekitar Tetra Pak Malaysia, M. Manjula.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong di sini, berjaya meraih pencapaian terbaik dengan memenangi tiga anugerah iaitu juara kategori sekolah menengah, anugerah khas kutipan bahan kitar semula aluminium dan plastik paling tinggi serta anugerah khas kutipan bahan kitar semula kotak Tetra Pak paling tinggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.