saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 17/10/2014

Peniaga tidak peduli peraturan

BEBERAPA anggota penguat kuasa DBKL merampas barang-barang milik peniaga yang berniaga secara haram di Pasar Pudu, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 16 Okt. -Sikap segelintir peniaga tempatan yang mencari keuntungan mudah dengan menyewakan gerai dan mengambil warga asing sebagai pekerja menyebabkan Pasar Pudu di sini, dikuasai golongan tersebut.

Beberapa operasi yang dilakukan pihak berkuasa sebelum ini langsung tidak memberi kesan kerana peniaga asing masih terus membanjiri pasar tersebut sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelanggan tempatan.

Ini terbukti apabila seramai 24 warga asing ditahan kerana berniaga di pasar basah itu dalam Ops Tegas hari ini.

Tangkapan itu melibatkan 18 warga Bangladesh, Nepal (3), Myanmar (2) dan Indonesia (1).

Timbalan Penguasa Kanan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tanda Usoh berkata, tindakan yang diambil sebelum ini bagaikan tidak dijadikan iktibar oleh peniaga tempatan yang menggajikan pekerja asing.

"Mereka sedar bahawa warga asing tidak sesekali boleh terlibat dengan aktiviti menjaja, namun mereka masih berdegil untuk berbuat demikian.

"Kebanyakan yang ditahan tidak mempunyai permit mahupun sebarang dokumen untuk memasuki negara ini secara sah.

"Kita kesal kerana amaran telah diberikan kepada peniaga tempatan di kawasan ini namun mereka masih menggunakan khidmat warga asing," katanya katanya selepas operasi di Pasar Pudu di sini, hari ini.

Operasi yang bermula pada pukul 7 pagi hingga pukul 9 pagi itu melibatkan 108 anggota dan pegawai pelbagai agensi antaranya DBKL, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar.

Dalam pada itu, Tanda turut memberi amaran kepada peniaga di pasar-pasar sekitar ibu negara supaya mematuhi undang-undang bagi mengelakkan tindakan terhadap mereka.

"Operasi akan terus diadakan walaupun kita sedar sikap degil penjaja tempatan yang terus mengambil PATI untuk bekerja di pasar selepas sesuatu operasi dijalankan," jelasnya.

Menurutnya, dalam operasi hari ini sebanyak 15 tindakan sitaan telah diambil di bawah Undang-Undang Kecil 3 (1) Perlesenan Penjaja dan Gerai (Wilayah Persekutuan) 1989 dan Seksyen 46 (1) di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana kesalahan lesen dan menghalang laluan dengan meletakkan barang perniagaan di luar premis.

Sementara itu, operasi itu menjadi tegang apabila seorang peniaga wanita yang dipercayai berniaga tanpa lesen cuba menghalang penguat kuasa daripada menyita barangan miliknya.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian wanita itu akur dengan tindakan pihak berkuasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.