saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 17/10/2014

'Bukan salah kami'

BAZAR moden di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur terus menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli-belah pelbagai barangan dengan harga berpatutan.

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Peniaga bazar moden di Jalan Masjid India, di sini kecewa dituduh sebagai punca pendapatan peniaga Melayu di Wisma Yakin terjejas sejak setahun lalu.

Seorang peniaga baju Melayu, Badrul Hisham Hanafiah, 50 berkata, tuduhan itu adalah tidak berasas kerana selama ini pelanggan masih mengunjungi kedai-kedai di kompleks berkenaan.

"Mereka tidak perlu risau kerana perniagaan yang diusahakan sudah lama dan mempunyai pelanggan tetap.

"Berbanding kami yang baru memulakan perniagaan di sini, untung nasib tiada siapa tahu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Badrul, malah barangan yang dijual oleh peniaga di kompleks berkenaan berbeza di bazar moden itu.

"Peniaga di Wisma Yakin sendiri perlu melihat senario hari ini apabila pelanggan lebih gemar membeli-belah di gedung-gedung perniagaan berhampiran yang menawarkan harga jauh lebih rendah ," katanya.

Sebelum ini peniaga di Wisma Yakin mendakwa pembukaan bazar moden di hadapan kompleks berkenaan telah menjejaskan perniagaan peniaga di situ.

Sementara itu, peniaga kasut, Hasbi Idris, 58 berkata, peniaga bazar sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai perkara itu dengan wakil peniaga kompleks berkenaan.

"Kita tidak mahu terus dikatakan menjadi punca perniagaan mereka terjejas.

"Tentu ada jalan terbaik menyelesaikan isu ini," katanya.

Tambahnya, cadangan penutupan bazar moden bukan jaminan peniaga di kompleks berkenaan dapat meraih keuntungan berganda.

"Kita ambil contoh seperti di Brickfields dan Petaling Street, kehadiran bazar moden sebenarnya merancakkan lagi aktiviti perniagaan mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.