saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 17/10/2014

LRT3 lonjak nilai hartanah di Shah Alam

SHAH ALAM 16 Okt. - Nilai hartanah di bandar raya ini dijangka melonjak sehingga 50 peratus dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi berikutan pengumuman kerajaan berhubung pembinaan projek landasan transit aliran ringan (LRT) 3 dalam Bajet 2015 baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari berkata, dengan siapnya projek LRT3 itu nanti, tahap ekonomi di kawasan-kawasan komersial di sekitarnya bakal melambung secara mendadak.

Menurutnya, keadaan sedemikian pastinya akan meningkatkan pendapatan penduduk khususnya golongan peniaga.

"Projek LRT3 akan memutarkan pusingan ekonomi ke tahap lebih tinggi. Dengan adanya pembangunan berorientasikan pengangkutan, nilai hartanah sudah pasti akan melonjak lagi," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

UMNO Bahagian Shah Alam sebelum ini pernah mencadangkan pembinaan LRT bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya dan kos tinggi tol serta bahan api yang terpaksa ditanggung warga bandar raya ini untuk keluar bekerja di sekitar Lembah Klang.

Pada pembentangan Bajet Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM9 bilion bagi melaksanakan projek LRT3 yang akan menghubungkan Bandar Utama sehingga Shah Alam dan Klang.

Azhari menambah, pengumuman Perdana Menteri itu sudah tentunya menggembirakan ribuan penduduk bandar raya ini yang terpaksa berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal.

Selain itu, jelasnya, rakyat juga perlu menanggung kos kehidupan yang semakin meningkat ekoran kenaikan harga minyak dan barangan keperluan seharian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.