KOTA
ARKIB : 17/10/2014
Sokong lupus deposit 10 %
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Pelbagai pihak menyambut baik cadangan supaya kerajaan melupuskan bayaran deposit 10 peratus untuk golongan profesional muda yang bekerja selama 10 tahun ke bawah bagi membantu golongan itu memiliki rumah pertama.
Bagi mereka, mekanisme baharu perlu diwujudkan oleh kerajaan dengan kerjasama pihak pemaju dan institusi perbankan bagi memudahkan urusan jual beli rumah berikutan peningkatan kos bahan pembinaan dan harga tanah yang semakin meningkat.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, ini kerana golongan belia terutama yang baru tamat pengajian, tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh .
"Golongan muda yang baru memulakan kerjaya dan tinggal di bandar besar memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk menampung keperluan lain.
"Adalah sukar untuk mereka menabung serta membuat pembelian rumah walaupun untuk jangka masa panjang. Jika keadaan ini berterusan, akan wujud jurang tinggi antara golongan kaya dan golongan kurang berkemampuan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim semalam mengenai cadangan pelupusan bayaran deposit 10 peratus untuk golongan profesional muda yang bekerja selama 10 tahun ke bawah bagi membantu golongan muda memiliki rumah pertama mereka.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Felda, Anuar Abdul Manap berkata, cadangan Irmohizam itu dilihat dapat memberi kelebihan kepada golongan belia terutama yang tinggal di pedalaman seperti Felda dan kampung.
"Kebanyakan belia di kawasan pedalaman mempunyai pendapatan tetap dan mampu untuk membuat pembelian rumah. Tetapi mereka akan menghadapi kesukaran membuat urusan pembelian kerana deposit yang dikenakan terlalu tinggi," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Majlis Belia Selangor, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, bagaimanapun, kesedaran perlu ada kepada mereka mengenai pengurusan kewangan supaya mereka tidak membelanjakan pendapatan mereka untuk membeli aset susut nilai dan tidak mendatangkan faedah," jelasnya.
'Bukan salah kami'
LRT3 lonjak nilai hartanah di Shah Alam
Pensyarah MMU cipta sistem hadapi bencana alam, kecemasan
Sokong lupus deposit 10 %
Peluang kenali Kampung Baru
Imej baharu Dataran Merdeka
PicoSA mampu lahirkan pencipta muda kreatif
Dash atasi kesesakan Puncak Perdana
Pelajar 36 sekolah kutip 80,000 kilogram bahan kitar semula
Tanah perkuburan tidak cukup
Bertindak tegas tangani pencemaran sungai
54 peniaga asing ditahan
Bilik sampah jadi tempat teduh
Penduduk bimbang dinding rumah retak teruk
Hujan jejas bukti pencemaran
Gangguan bekalan air : 91.2 peratus kawasan pulih
PENDUDUK PPR BASMI DENGGI
Empat usahawan terima Anugerah Asnaf Cemerlang LZS
Kuala Lumpur masih selamat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












