saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 11/06/2012

Plastik bawa bencana kepada alam sekitar?

Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengurus buangan seperti ini?

Seorang pembaca Utusan Malaysia, menulis kepada akhbar ini pada Disember tahun lepas yang kandungannya antara lain mencadangkan supaya pengguna mengubah tradisi penggunaan beg plastik kepada beg kertas.

Beliau yang menggunakan nama samaran Surat Khabar Lama memberi alasan, bahan plastik lambat untuk hancur.

''Saya mencadangkan supaya kerajaan mengkaji dengan teliti bagi menggunakan beg kertas dalam usaha menghapuskan penggunaan beg plastik.

Langkah ini juga akan membantu kita mengawal pencemaran alam sekitar akibat buangan plastik yang tidak hancur."

Demikian saranan pembaca dari Teluk Intan Perak itu.

Kata-kata beliau disokong oleh ramai antaranya penyelidik berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) serta seorang personaliti yang telah lama membantu dalam kempen penjagaan alam sekitar.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Dr. Tengku Nuraiti Tengku Izhar yang menumpukan kajian dalam Pengurusan Sisa Pepejal (SWM) berkata:

''Pada pendapat saya, masalah pencemaran plastik di Malaysia adalah agak serius.

''Bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran awam terhadap masalah pencemaran plastik semakin meningkat.

''Banyak kempen yang dijalankan telah menarik perhatian orang ramai berbanding lima tahun dahulu yang mana orang ramai mempunyai pengetahuan yang rendah tentang pencemaran plastik.''

Beliau yang juga Pengerusi Rancangan Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar UniMap berkata, plastik adalah satu bahan yang tidak terurai sekiranya dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Ia akan kekal di situ sehingga beratus-ratus tahun dan dengan situasi tapak pelupusan sampah di Malaysia yang masih perlu penambahbaikan, perlu ada langkah alternatif untuk menguruskan sisa pepejal terutamanya plastik.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenapa plastik sering dikaitkan dengan isu pencemaran, beliau berkata, penggunaan polisterin dan beg plastik boleh mengancam kualiti alam sekitar dan boleh menjejaskan kesihatan manusia.

''Penghapusan penggunaan polisterin dan beg plastik dijangka dapat mengurangkan kadar pencemaran yang memberi kesan terhadap alam sekitar secara jangka pendek seperti meninggalkan pemandangan kurang enak jika dibuang merata-rata tempat.

''Kesan jangka panjang pula merujuk kepada isu-isu memusnahkan hidupan akuatik jika dibuang ke dalam laut," ujarnya.

Polisterin dan beg plastik diperbuat daripada bahan yang berasaskan petroleum seperti styrene dan benzin yang merupakan bahan yang tidak dapat hancur dan reput tanpa dikenakan tindakan kimia terhadapnya.

Oleh itu kata Tengku Nuraiti, jika polisterin dilupuskan di kawasan pelupusan sampah, ia akan kekal berada dalam bentuk asal sehingga beratus-ratus tahun.

Polisterin dan beg plastik juga mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan ia mengambil masa beratus tahun untuk reput dan kemudiannya akan bertukar menjadi toksik.

Ia juga membawa kesan buruk kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon.

Sementara itu bagi pelakon popular, Maya Karin dia sebenarnya tidak dapat menerima hakikat bahawa sebahagian besar masyarakat kita mempunyai tabiat yang buruk membuang sampah merata-merata.

Berkongsi perasaan kecewa dengan tabiat tersebut, dia berpendapat, ia memburukkan keadaan apabila sampah yang dibuang merata-merata itu merupakan cebisan atau pun botol plastik.

''Saya memang dari dulu anti plastik,'' ujarnya ringkas.

''Kenapa kita memerlukan beg plastik untuk membawa barang pulang ke rumah sedangkan perjalanan dari kedai hanya lima minit.

''Malah membeli sekotak rokok pun kadangkala dibungkus dalam plastik? ujar aktres tersebut.

Dalam pada itu menurut Tengku Nuraiti persoalan sama ada plastik boleh digantikan dengan produk lain bergantung kepada kesedaran orang ramai sebagai pengguna.

''Penggunaan plastik sangat popular kerana kelebihan yang ada padanya iaitu tahan lama, teguh dan mudah digunakan.

''Tidak hairanlah jika kita banyak bergantung kepada polisterin dan beg plastik sebagai satu bahan wajib dalam proses pembungkusan dan sebagainya walaupun kaedah tradisional menggunakan sumber alam lebih murah harganya

''Sehingga kita tidak menyedari bahaya polisterin dan beg plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya," kata beliau.

Untuk menarik minat pengguna dari pelbagai umur, rekaan beg berwarna-warni, boleh dilipat untuk dimasukkan ke dalam beg tangan, material yang tahan lama pasti dapat menarik perhatian orang ramai.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengurus buangan seperti ini?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.