saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 14/07/2012

Buku rekod ditelan usia

Shamsuri Suradi menunjukkan buku rekod berusia 70 tahun mengandungi nama-nama jenazah yang dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

SETIAP jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang akan direkodkan kematiannya oleh Penempatan Tanah Pertanian Melayu atau Malay Agriculture Settlement (MAS).

Buku terawal yang menyimpan rekod itu kini sudah pun berusia 70 tahun dengan warnanya kekuning-kuningan akibat ditelan masa.

Catatan yang dibuat dengan menggunakan bahasa Inggeris menunjukkan jenazah pertama yang direkodkan adalah Fatimah Gambus yang meninggal dunia pada 25 Februari 1942.

Di dalam buku tersebut terdapat 363 kematian dicatatkan dengan yang terakhir bertarikh 30 Disember 1952.

Jika diteliti buku tersebut, terdapat beberapa nama seperti 'Baby of Tijah', 'Unnamed child of Hashim' serta 'Unknown'.

Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Kehormat MAS, Shamsuri Suradi berkata sebahagiannya berpunca daripada kematian bayi yang belum sempat diberi nama oleh ibu bapa mereka.

"Untuk yang tidak ber'bin' atau ber'binti'kan bapanya, ada kemungkinan ia disebabkan oleh kejadian yang kurang manis untuk diceritakan.

"Sementara untuk 'unknown' itu pula, sebagai makluman, di tanah perkuburan ini jugalah pesalah-pesalah hukuman gantung di Penjara Pudu yang tidak dituntut keluarga dikebumikan. Ia juga mungkin jenazah yang tidak dapat dikenal pasti identitinya," katanya.

Beliau yang juga anak jati Kampung Baru turut memberitahu kawasan asal tanah perkuburan itu dahulunya sering menjadi tumpuan individu yang mengamalkan kepercayaan tertentu.

"Kalau mahu mencari minyak dagu atau apa jua perkara berkaitan mayat, di situlah tempatnya. Malah semasa kecil saya pernah melihat orang bertapa di celah pokok di situ.

"Tetapi itu cerita lama. Saya yakin, kini sudah tidak ada yang melakukan perkara itu di situ," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.