saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 31/07/2012

Peniaga Melayu ketinggalan jauh

PERNIAGAAN kedai telefon bimbit yang kini dikuasai oleh kaum Cina bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur tetapi di semua bandar utama di seluruh negara. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 30 Julai - Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hampir 20 juta telefon bimbit dijual di pasaran negara ini sejak dua tahun lalu.

Jika telefon berkenaan dijual pada harga minimum RM100 seunit, bermakna ia telah membuka pasaran bernilai RM2 bilion.

Angka itu pasti meningkat jika nilai pada segmen jualan produk sokongan termasuk aksesori, kad prabayar serta perkhidmatan selepas jualan dan harga sebenar telefon yang kebanyakannya melebihi RM700, diambil kira.

Melihat angka lumayan itu seharusnya industri ini telah memberi manfaat besar kepada golongan peniaga di negara ini termasuk bumiputera.

Bagaimanapun, tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia di pusat-pusat jualan utama telefon bimbit di sembilan negeri mendedahkan penemuan yang sebaliknya.

Tinjauan, penyamaran, penyelidikan dan pemerhatian wartawan-wartawan terbabit membongkar realiti bahawa tidak ramai peniaga bumiputera yang berjaya membolosi peluang perniagaan dalam industri itu, sebaliknya ia adalah industri monopoli satu kaum.

Di gedung gajet terbesar ibu negara, Plaza Low Yat misalnya, daripada lebih lebih 121 kedai dan kios menjual telefon bimbit dan peralatan berkaitan termasuk aksesori, hanya dua peniaga Melayu yang dikesan.

Situasi sama berlaku di Kompleks Pertama - kompleks yang dibina 35 tahun lalu pada asalnya bertujuan menyediakan ruang berniaga kepada peniaga Melayu.

Daripada lebih 100 kedai dan kios telefon bimbit, hanya dua diusahakan peniaga Melayu.

Di Digital Mall Petaling Jaya pula peniaga telefon bimbit Melayu langsung tidak kelihatan.

Mungkin ada pihak akan mendakwa bahawa ini berlaku kerana komposisi kaum penduduk di ibu negara yang agak sama atau lebih kepada bukan bumiputera menyebabkan keadaan itu berlaku.

Namun, tinjauan di negeri-negeri yang majoriti penduduknya Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah juga tidak menunjukkan perbezaan. Perniagaan telefon bimbit tetap dikuasai hanya satu kaum.

Tinjauan di KB Mall, Kota Bharu misalnya mendapati, hampir 20 buah kedai di kompleks itu, 100 peratus dimiliki oleh kaum Cina - daripada kedai bersaiz kecil hingga besar.

Kehadiran orang Melayu di kedai-kedai berkenaan hanya sebagai jurujual dengan gaji bulanan dianggarkan sekitar RM500 ke RM600 sebulan.

Di Kuala Terengganu, tinjauan di sekitar daerah itu mendapati hanya 20 peratus daripada kira-kira 70 buah premis dan kios menjual telefon bimbit, aksesori, kad prabayar dan baik pulih telefon dimiliki peniaga Melayu.

Bagaimanapun, kebanyakan peniaga Melayu itu hanya menjual aksesori telefon bimbit serta kad prabayar, bukannya alat komunikasi itu.

Di Alor Setar, Kedah pula daripada kira-kira 50 kedai dan kios menjual telefon bimbit, aksesori, tambah nilai prabayar serta perkhidmatan baik pulih di kompleks City Plaza dan Sentosa Mall, hanya 12 buah diusahakan oleh peniaga bumiputera.

Di Ipoh, Perak, tinjauan di Greentown Mall yang dikenali sebagai 'syurga gajet' mendapati, kaum Cina menguasai kesemua 20 kios yang dibuka di sudut Mobile City di pusat beli-belah itu.

Situasi sama turut berlaku di ruang legar beberapa pusat beli-belah lain termasuk Jusco Kinta City, Tesco Ipoh dan Kompleks Yik Foong.

Kalau ada pun kelibat orang Melayu di kios-kios berkenaan, rata-rata mereka hanya bekerja sebagai jurujual telefon bimbit dan aksesori.

Di Johor, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang tinjauan turut mendapati situasi sama apabila perniagaan telefon bimbit hanya dikuasai satu kaum sahaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.