saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 01/08/2012

Jualan gajet bakal cecah RM7b

SELAIN cetek pengalaman, kegagalan peniaga Melayu dan bumiputera dalam perniagaan telefon bimbit ada kaitan dengan ketidakupayaan menyaingi kumpulan peniaga lain yang mempunyai rangkaian lebih luas serta sumber kewangan kukuh.

Sampai bila keadaan itu harus dibiarkan berlaku sedangkan potensi bidang perniagaan tersebut sangat lumayan.

Justeru siri kedua laporan khas penglibatan peniaga Melayu dan bumiputera dalam perniagaan telefon bimbit, wartawan Utusan Malaysia melihat potensi dan peluang yang disediakan bidang tersebut.

Turut disentuh pengalaman, cabaran serta suka duka peniaga Melayu yang pernah terbabit dalam bidang itu.

INDUSTRI telefon bimbit merupakan lubuk duit bagi sesiapa sahaja yang berpeluang meneroka pasarannya dengan baik seperti di bandar Kuantan, Pahang ini. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH

KUALA LUMPUR 31 Julai - Percaya atau tidak, sepanjang tahun lalu rakyat di negara ini membelanjakan sebanyak RM6.3 bilion untuk membeli 9.3 juta unit telefon bimbit.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 41 peratus berbanding 2010 yang merekodkan jualan sebanyak RM4.5 bilion membabitkan kira-kira 7.5 juta unit telefon bimbit.

Syarikat penyelidikan pasaran, GfK Malaysia dalam laporannya menyebut telefon pintar merupakan penyumbang utama kepada keseluruhan jualan telefon bimbit di negara ini.

Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan berkata, nilai jualan telefon pintar meningkat secara konsisten malah mewakili 89 peratus daripada keseluruhan jualan telefon bimbit pada tahun lalu.

‘‘Menyedari telefon pintar adalah masa depan industri telefon bimbit, kami menjangkakan nilai jualan gajet itu akan meningkat sehingga 47 peratus atau 10.7 juta tahun ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jennifer berkata, penjualan tablet turut meningkat mendadak lebih lima kali ganda pada suku akhir 2011 berbanding suku akhir yang sama tahun sebelumnya.

“Walaupun tablet baru setahun di pasaran, tahun lalu hampir 656,000 unit tablet telah dijual, sekali gus menyaingi jualan komputer riba," katanya.

Sementara itu, data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan hampir 20 juta telefon bimbit telah diluluskan penjualannya di pasaran tempatan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Daripada jumlah itu, sebanyak 7.1 juta diluluskan pada 2010; 9.8 juta (2011) manakala tiga juta untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.