saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 19/09/2012

Negara masih kekurangan jurulatih berkaliber

KUALA LUMPUR - Pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi masih pada tahap lemah dengan jurulatih di negara ini dilihat masih gagal melahirkan ramai pemain yang mampu berdaya saing untuk beraksi di luar negara.

Itu pandangan tokoh sukan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang mengakui kebanyakan jurulatih tidak mampu mencipta gaya permainan sendiri tetapi lebih gemar meniru apa jua cara permainan pasukan lain.

Baginya, jika di negara ini masih belum mempunyai ramai jurulatih yang berkaliber, selagi itu impian peminat untuk melihat lebih ramai pemain menyarung jersi kelab-kelab luar negara mungkin sekadar angan-angan kosong.

‘‘Jika kita mahu melihat lebih ramai pemain kita bermain di luar negara, kita perlu mendidik jurulatih kita terlebih dahulu yang secara tidak langsung ia mampu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti tingi.

‘‘Ini tidak, kebanyakan jurulatih saya lihat di negara ini kurang melakukan kajian untuk memajukan pasukan sendiri dan pemain. Mereka suka mencari jalan mudah dengan mengikut apa jua gaya permainan bola sepak luar," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebagai contoh, kata beliau, posisi sayap iaitu bahagian kiri dan kanan perlu diambil daripada mereka memiliki kepantasan berlari.

‘‘Saya pernah menjadi jurulatih bola sepak di peringkat sekolah suatu masa dulu dan saya ambil mereka yang pantas dalam lari 100 meter untuk bermain di posisi itu.

‘‘Kemudian, pemain-pemain ini saya akan bantu mempertajamkan skil mereka dan ia memang terbukti banyak membantu kepada kemenangan pasukan apabila bertanding kerana pertahanan lawan sukar mengawal mereka. Ini salah satu contoh dengan apa yang saya maksudkan setiap jurulatih perlu buat kajian, " katanya.

Jelas Khay Kim, satu usaha jitu perlu dilakukan untuk memperbaiki mutu kejurulatihan di negara ini yang masih di takuk lama di samping menaikkan lagi mutu pertandingan Liga Malaysia yang secara tidak langsung memperbaiki persembahan pemain bola sepak di negara ini.

‘‘Gaya permainan bola sepak di negara ini masih tidak berkualiti, sesuatu perlu dilakukan.

‘‘Bila persembahan para pemain semakin baik dalam saingan liga tempatan, saya fikir di situ baru boleh membantu mereka menarik perhatian kelab-kelab di luar negara dan boleh mendapat kejayaan jika melalui ujian-ujian pemilihan yang ditawarkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.