saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 06/11/2012

Jurulatih, atlet masih rendah ilmu suaian fizikal

KUALA LUMPUR - Pengetahuan penggiat sukan seperti jurulatih dan atlet di peringkat akar umbi terhadap ilmu suaian fizikal masih lagi berada di tahap yang rendah.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, golongan tersebut perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai ilmu berkenaan agar negara ini memiliki penggiat dan ahli-ahli sukan yang lebih baik serta cemerlang.

“Golongan yang saya maksudkan ini adalah mereka yang terbabit dalam bidang sukan di peringkat lebih rendah seperti di sekolah, daerah dan juga negeri. Untuk sukan prestasi tinggi, kita sudah mempunyai pakar tetapi bagaimana pula di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Suaian Fizikal 2012 (Strength & Conditioning) yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Shapawi Ismail di sini, semalam.

Ahmad Shabery menjelaskan, negara ini memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang suaian fizikal agar usaha membangunkan atlet di peringkat akar umbi yang memiliki latihan fizikal serta mental yang baik dapat direalisasikan.

Sementara itu, Ahmad Shapawi ketika ditemui pemberita berkata, ISN mempunyai 11 pusat satelit bagi membantu jurulatih dan atlet di peringkat daerah serta negeri dari segi kefahaman sains sukan.

“Kita sebenarnya mempunyai 43 pegawai sains sukan di negeri-negeri manakala di ISN sahaja pakar kita seramai 67 orang, tetapi untuk meluaskan peranan ISN itu ke segenap peringkat kita memerlukan kerjasama daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam di negeri-negeri untuk menjayakan usaha ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.