saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 13/08/2013

Telco, syarikat penyedia perkhidmatan perlu ikut peraturan GCC

AHMAD Izham Khairuddin menerangkan serta mengulas dakwaan terdapat perjanjian tersembunyi dalam penetapan kadar harga talian hotline 1-300 oleh syarikat telekomunikasi dan syarikat penyedia perkhidmatan kepada wartawan Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Semua syarikat penyedia perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi perlu mematuhi prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam Kod Amalan Am Pengguna untuk industri komunikasi Malaysia (GCC) bagi menjamin hak serta kepentingan semua pihak.

Pengarah Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Ahmad Izham Khairuddin berkata, prinsip itu termasuk hal-hal berkaitan penetapan kadar harga talian hotline 1-300.

Menurut beliau, syarikat telekomunikasi perlu memaklumkan kepada pengguna mengenai butiran pembayaran, kaedah pengiraan serta keadaan yang menyebabkan bayaran dikenakan menerusi panggilan hotline 1-300 sebelum pengguna memilih perkhidmatan mereka.

Malah, katanya, syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan juga perlu memastikan pelanggan boleh mendapatkan maklumat berkaitan bil terkini atau sebarang perkara di dalamnya tanpa bayaran selain menyimpan rekod bil pelanggan untuk tempoh minimum setahun.

"Mereka juga harus memastikan pelanggan mendapat senarai terperinci semua caj berkaitan perkhidmatan yang diberikan sama ada dalam bil atau dalam keadaan berasingan apabila diminta," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau mengulas dakwaan terdapat perjanjian tersembunyi dalam penetapan kadar harga talian hotline 1-300 oleh syarikat telekomunikasi dan syarikat penyedia perkhidmatan.

Tambah Ahmad Izham, caj panggilan bagi talian 1-300 ditanggung sepenuhnya syarikat penyedia perkhidmatan dan pelanggan.

Malah, katanya, bayaran yang dikenakan kepada pengguna adalah hanya caj panggilan tempatan walaupun pengguna menghubungi dari luar kawasan.

"Jika pengguna menghubungi talian 1-300 menggunakan telefon bimbit, caj panggilan itu dibayar kepada syarikat telekomunikasi tersebut. Semua jumlah kos bayaran diterima kepada syarikat telekomunikasi, mereka tidak berkongsi dengan mana-mana syarikat penyedia perkhidmatan.

"Caj panggilan itu pula mengikut pelan pakej yang diambil pengguna daripada syarikat telekomunikasi," katanya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana syarikat terbabit yang didapati melanggar peraturan dengan mempunyai perjanjian tersembunyi dalam penetapan kadar harga talian hotline 1-300 akan diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan GCC.

"Sepatutnya tiada sebarang perjanjian tersembunyi antara syarikat telekomunikasi dengan penyedia perkhidmatan. Setakat ini, pihak kami belum menerima aduan berhubung perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Izham menggalakkan semua syarikat perkhidmatan di negara ini yang menggunakan talian hotline 1-300 menukar kepada talian bebas 1-800 bagi meringankan beban pengguna.

Menurut beliau, talian hotline 1-800 lebih mesra pelanggan kerana tidak mengenakan caj kepada pengguna.

"Syarikat penyedia perkhidmatan sepatutnya faham apabila pelanggan menggunakan produk mereka, pelanggan terbabit memberi keuntungan. Oleh itu, mereka sewajarnya menanggung kos panggilan pengguna," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.