saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 13/01/2014

Kawasan kubur adat didakwa diceroboh

SEORANG lelaki suku Batek dari Kampung Orang Asli Kuala Koh merakamkan gambar hutan yang digondolkan oleh pembalak yang turut melibatkan kawasan perkuburan penduduk di Gua Musang, baru-baru ini.

GUA MUSANG 12 Jan. - Seorang penduduk di Kampung Orang Asli Kuala Koh, Jamil Hendi, 21, hanya mampu termenung di hadapan rumahnya mengenangkan kubur adat yang menempatkan persemadian anaknya telah diceroboh akibat aktiviti pembalakan berhampiran perkampungan pribumi suku Batek itu.

Tiada kata-kata yang mampu diungkap melainkan air mata yang mengalir. Itu sudah cukup menceritakan kesedihan dan keperitan yang terpaksa dihadapinya saat ini apabila kubur anaknya itu dijadikan tempat meletakkan jentolak. Kubur anak Jamil adalah salah satu daripada lima kubur adat penduduk di kawasan berkenaan yang didakwa telah diceroboh.

Jamil berkata, tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak terbabit memberi tamparan hebat kepada kehidupannya yang mula menetap di kawasan itu sejak 15 tahun lalu.

"Bayangkan apa perasaan saya apabila kubur anak saya dan empat kubur lain dijadikan tempat untuk mereka meletakkan jentolak tanpa meminta izin terlebih dahulu. Mereka (peneroka) bertindak hanya mengikut kepentingan sendiri tanpa memikirkan perasaan penduduk di sini. Saya harap mereka segera hentikannya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Jamil Jais, 32, mendakwa, kubur adat anaknya juga telah menjadi mangsa pencerobohan pihak yang tidak bertanggungjawab dan ia tidak dapat diterimanya sama sekali.

Menurutnya, penduduk bukan sahaja terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran akibat daripada aktiviti pembalakan itu malah perasaan mereka juga turut dihancurkan tanpa perikemanusiaan.

"Aktiviti ini mesti dihentikan segera sebelum keadaan bertambah buruk. Saya harap ada pihak tampil menolong kami tamatkan dilema yang menghantui penduduk Kampung Kuala Koh di saat ini," katanya.

Jais Keladi, 40, pula berkata, sebelum ini mereka tinggal di kampung ini dalam suasana yang cukup aman dan damai di samping tiada sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan keindahan alam sekitar di kawasan ini.

Namun, katanya, sejak dua bulan lalu, segala-galanya mula berubah, air di Sungai Balai yang menjadi sumber utama air bersih selama ini telah tercemar, hasil tanaman yang diusahakan dan menjadi punca pendapatan penduduk juga telah musnah.

"Saya juga hairan, mengapa hutan simpan ini turut dijadikan kawasan untuk diteroka. Tidak cukupkah penerokaan yang dilakukan selama ini khususnya di Hulu Kelantan yang telah gondol?" soalnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.