saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 10/06/2014

Pengusaha stesen minyak 'terpaksa' salah guna permit untuk tanggung kos operasi

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi yang dijalankan sindiket di darat mahupun di laut turut melibatkan sesetengah pengusaha stesen minyak bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah dan cepat.

Bagaimanapun, mengapa kebanyakan pengusaha stesen minyak ini terlibat dengan kegiatan penyelewengan?

Menurut sumber, perniagaan stesen minyak sememangnya membawa pulangan yang berpatutan kepada pengusaha tetapi permit pelepasan yang diberikan kerajaan kepada mereka 'terpaksa' disalahgunakan bagi menanggung kepelbagaian kos operasi.

Sumber itu berkata, kebanyakan pengusaha stesen minyak terlibat dengan kegiatan penyelewengan diesel berikutan komisen atau keuntungan yang ditetapkan kerajaan tidak memberi pulangan yang berbaloi.

Difahamkan, komisen setiap satu liter penjualan petrol yang ditetapkan kerajaan adalah 12 sen, manakala bagi diesel pula tujuh sen sejak lapan tahun lalu. Walaupun komisen setiap penjualan ini agak tinggi, kos operasi dan pengurusan yang dikendalikan oleh pengusaha meningkat dari semasa ke semasa.

"Bayangkan, pengusaha stesen minyak perlu menanggung pelbagai perbelanjaan termasuk pembayaran gaji pekerja minimum RM900 setiap seorang yang ditetapkan kerajaan.

"Ini tidak termasuk lagi kos utiliti seperti bil elektrik, air dan telefon yang mencecah lebih RM8,000 sebulan. Sebagai contoh, jika stesen minyak itu dibuka di kawasan lebuh raya atau kawasan bandar,

maka makin tinggi kos operasi yang perlu ditanggung. Jadi, baki keuntungan yang tinggal kepada pengusaha stesen minyak hanya kira-kira empat ke lima sen seliter," katanya.

Jelas sumber itu lagi, tindakan syarikat minyak menaikkan kadar sewa lesen dan kos pemindahan penyelenggaraan stesen turut mendorong pengusaha stesen minyak melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

"Pengusaha perlu membayar yuran lesen operasi (OLF) kepada syarikat minyak diantara 12 peratus hingga 24 peratus daripada komisen yang diterima.

"Malah, pengusaha stesen minyak turut menanggung kos pembelian setiap liter minyak yang menggunakan kad kredit," katanya.

Tambah sumber itu, proses pengewapan bagi setiap pemindahan juga ditanggung oleh pengusaha stesen minyak. Sebagai contoh, jika pengusaha membeli diesel 20,000 liter tetapi jumlah yang masuk ke dalam tangki adalah hanya 18,000 liter sahaja dan selebihnya hangus kerana minyak meluap.

"Pengusaha stesen minyak yang tertekan dengan kenaikan kos ini berasa ditindas oleh syarikat minyak yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan formula pengiraan harga sehingga mendorong mereka melakukan aktiviti penyelewengan diesel subsidi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.