saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 10/06/2014

Syarikat minyak turut menyeleweng

KUALA LUMPUR 8 Jun - Musykil. Itulah perkara yang sering menjadi tanda tanya ke mana hilangnya bekalan diesel bersubsidi yang diberikan kepada syarikat pembekal minyak kerana bekalan bahan bakar itu habis sebelum waktunya.

Menurut sumber, jika diesel subsidi dijual mengikut prosedur yang ditetapkan, setiap stesen minyak perlu mengisi semula bekalan itu pada akhir bulan sahaja.

"Apa yang berlaku ada sebaliknya. Stesen minyak yang kehabisan bekalan membuat tempahan bahan bakar ini mela-lui syarikat minyak tetapi mereka tidak menghantarnya mengikut masa yang ditetapkan.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah meluluskan peruntukan kuota yang mencukupi kepada syarikat minyak. Jadi persoalannya mana perginya kesemua diesel subsidi yang diluluskan?" katanya.

Sumber itu menjelaskan, mengikut prosedur undang-undang sebenar setiap stesen minyak tidak dibenarkan membiarkan tangki kosong tanpa bahan bakar.

Jelas sumber itu lagi, jika benar kesemua bahan bakar itu dihantar ke stesen minyak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu meneliti dokumen penghantaran ke mana diesel dihantar.

"Tidak semua stesen mi-nyak menjalankan kegiatan penyelewengan ini tetapi sebahagian besar daripada mereka melakukannya berikutan ada syarikat minyak yang dipercayai terlibat de-ngan penyelewengan bahan bakar itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.