saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 31/08/2014

Polis terima 853 laporan

SALAH satu laporan Utusan Malaysia menyiarkan pasangan Alvin dan Vivian memuat naik ke laman Facebook mereka yang mempersendakan umat Islam pada bulan Ramadan tahun lalu.

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 853 laporan daripada 33 kes melibatkan isu sensitif perkauman sepanjang tempoh Januari hingga Julai lalu di seluruh negara.

Berdasarkan statistik, penerbitan klip video bertajuk Onederful Malaysia CNY 2014 membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerusi YouTube merupakan isu yang paling banyak menerima laporan polis sepanjang tempoh tersebut iaitu sebanyak 650 laporan.

Ini diikuti dengan keceluparan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer menggelarkan UMNO sebagai celaka yang menerima sebanyak 80 laporan polis.

Selain itu, kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman yang didakwa berbaur hasutan dalam artikelnya bertajuk Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan di dalam laman web http://www.ismaweb.net telah menerima sebanyak 22 laporan.

Statistik turut mencatatkan isu penghinaan oleh individu yang dikenali sebagai David Orok terhadap Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook menerima 20 laporan, sementara isu insiden guru berbangsa Cina melayan dua murid Melayu seperti lembu apabila digantung loceng di leher dan dipaksa memakan rumput me­nerima 19 laporan polis.

Yang turut dilaporkan kepada PDRM untuk tindakan ialah isu propaganda menghina Kristian oleh akaun Facebook Legasi Kongsi Gelap Melayu iaitu sebanyak 15 laporan, Facebook Amran Pekida menghina kaum Da­yak enam laporan serta masing-masing lima laporan berhubung perbuatan seorang pegawai mengarahkan penyanyi wanita Melayu bertudung turun pentas dan penganjuran Karnival Nite Out di taman tema air Lost World Of Tambun, Perak.

Daripada keseluruhan 33 kes terbabit, 14 kes dilaporkan bermula di Facebook manakala berdasarkan kenyataan individu (4), akhbar (3), insiden (2), Youtube (2),laman web (2) serta masing-masing satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), bantahan dan blog.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.