saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 27/09/2014

Jadi sasaran pengganas komunis

KESELAMATAN pekerja sentiasa dipantau oleh tentera ketika proses pembinaan JRTB dijalankan.

MEREKA tidak ditugaskan untuk bertempur mahupun mempertahankan kedaulatan tanah air namun, sumbangan pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak kepada negara cukup besar sungguhpun bukan sebagai pasukan keselamatan.

Menjadi penggerak dan nadi utama kepada pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB), mereka merupakan hero atau wira yang tidak didendang.

Hasil kecekalan mereka telah berjaya merealisasikan matlamat pembinaan JRTB yang menjadi penghubung antara negeri di pantai barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Walaupun tidak secara langsung, namun pekerja JKR juga menjadi antara faktor yang berjaya mengekang kebangkitan dan mengehadkan pergerakan komunis menerusi pembinaan jalan darat.

Mengapa tidak? Dengan adanya laluan darat, usaha kerajaan untuk memerangi pengganas komunis menjadi lebih mudah.

Jika bukan kerana kesungguhan pekerja meneruskan projek pembinaan jalan raya berkenaan mungkin sukar untuk memerangi pengganas komunis yang cenderung menjadikan hutan sebagai markas persembunyian terutama di hutan Belum pada zaman darurat kedua iaitu pada 1968 hingga 1978.

Sikap 'bertahan' ditunjukkan oleh pekerja JKR yang terus berusaha walaupun menerima pelbagai ancaman yang bukan sahaja datang daripada pengganas komunis malah risiko serangan haiwan liar seperti gajah.

KEHADIRAN seekor tapir di lokasi pembinaan menarik perhatian pekerja JKR.

Meskipun ditohmah dengan gelaran tidak elok dek kerana patuh kepada arahan yang diberikan oleh kepimpinan negara ketika itu di bawah tampuk pemerintahan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, mereka langsung tidak rasa tergugat mahupun tercabar dengan ancaman diberikan.

Malah, mereka turut menerima amaran daripada komunis supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan jalan menerusi siaran radio dan risalah yang diedarkan.

Berikutan amaran tidak dihiraukan, proses pembinaan jalan kerap terganggu angkara komunis yang sering melakukan pelbagai serangan ke atas pekerja.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan, apabila berlakunya tragedi yang memusnahkan lebih 60 jentera dan mengorbankan tiga pekerja dalam dua serangan berlainan.

Mengimbas peristiwa tersebut, bekas pekerja JKR, Mohd. Bakri Md. Nali, 62, menceritakan, dalam serangan pertama pada 23 Mei 1974 banyak jentera pembinaan seperti jentolak musnah akibat letupan bom.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam, ketika saya dan beberapa pekerja lain dalam perjalanan ke tapak pembinaan. Belum sempat kami sampai ke lokasi, letupan tiba-tiba berlaku. Kami yang terkejut dengan situasi itu kemudian diarahkan oleh pihak tentera supaya tidak berganjak ke mana-mana bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Memang agak membimbangkan juga sebab letupan berlaku secara berterusan sehingga keesokan paginya. Semua pekerja dikumpulkan dan ditempatkan di Base Camp Gerik.

"Memandangkan sebilangan besar jentera mengalami kerosakan teruk akibat letupan tersebut, kerja-kerja pembinaan jalan terpaksa dihentikan sementara waktu," katanya.

Ketabahan mereka sekali lagi diuji apabila pengganas komunis menyerang hendap pekerja-pekerja yang sedang dalam perjalanan dari Base Camp Gerik menuju ke Banding dalam satu kejadian pada 27 Ogos tahun sama.

Menurut Mohamed Jahari Kadir, 77, yang juga merupakan bekas kakitangan JKR, dalam kejadian itu pekerja menaiki sebuah lori dengan diiringi beberapa anggota tentera melalui jalan raya berkenaan.

"Setibanya di kilometer 178 laluan tersebut, pekerja-pekerja tersebut diserang dan ditembak mengakibatkan tiga daripadanya terkorban sementara beberapa pekerja lain dan tentera mengalami kecederaan," katnya.

Difahamkan mangsa yang terkorban dalam serangan awal pagi itu hanya diketahui identitinya sebagai Ismail, Husin dan Ali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:34
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.