saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 27/09/2014

100 peratus dibina pekerja JKR

ANTARA wajah-wajah pekerja JKR Negeri Perak yang terlibat dalam proses pembinaan JRTB.

JIKA bukan kerana kecekalan dan kerja keras pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) meneruskan pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB), barangkali hari ini pemandu kenderaan dari utara, barat Semenanjung terpaksa menempuh perjalanan beribu-ribu kilometer jauhnya ke Kelantan atau Terengganu.

Namun, dengan pembukaan jalan raya tersebut, perjalanan dipendekkan menjadi beberapa ratus kilometer dan pengguna tidak perlu mengambil masa seharian untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Sehubungan itu tidak keterlaluan jika jasa dan pengorbanan pekerja JKR itu dikenang sepanjang masa apatah lagi mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa berhadapan ancaman pengganas komunis demi menyiapkan jalan raya berkenaan.

Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, Datuk Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad berkata, meskipun serangan hendap pengganas komunis itu telah mengorbankan tiga pekerja dan mencederakan beberapa pekerja lain termasuk pasukan keselamatan, mereka tidak gentar meneruskan pekerjaan masing-masing demi memastikan JRTB yang menjadi penghubung ekonomi masyarakat siap sepenuhnya.

"JKR telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara. Pembinaan JRTB merupakan salah satu projek yang menggunakan khidmat dan kepakaran pekerja JKR sepenuhnya. Bermula dari jurutera sehingga pekerja binaan, mereka semua bertungkus-lumus memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan jayanya.

"Walaupun mengalami kekurangan dari segi kelengkapan peralatan pembinaan dan menghadapi ancaman pengganas komunis, namun mereka telah berjaya merealisasikan projek yang dilihat begitu mencabar," katanya.

Projek raksasa yang menelan kos RM205 juta itu mula dibina pada 1967 dan telah dibuka kepada lalu lintas pada 1 Julai 1982. Proses pembinaan jalan raya sejauh 123 kilometer itu bagaimanapun sering mengalami gangguan akibat perbuatan khianat pengganas komunis menyebabkan projek itu mengambil masa hampir 12 tahun untuk disiapkan.

Setelah dibuka kepada awam, pihak tentera masih membuat kawalan ketat ke atas JRTB yang menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan. Pemandu dikenakan syarat memohon pas atau permit keselamatan setiap kali menggunakan laluan berkenaan.

Mereka bagaimanapun hanya boleh melalui JRTB pada waktu siang sahaja sementara perjalanan pada waktu malam tidak dibenarkan atas sebab-sebab keselamatan. Penggunaan pas itu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan pengguna di sepanjang JRTB berikutan ancaman yang diberikan oleh pengganas komunis.

Namun, pada 1983, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohamad Yaakub telah mengumumkan penamatan penggunaan pas selepas menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Kelantan/Perak di Kota Bharu.

Meskipun syarat penggunaan pas sudah ditamatkan, pemandu masih tidak dibenarkan melalui JRTB pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku namun, sistem kawalan keselamatan yang ketat itu dimansuhkan setelah pengganas komunis menyerah diri sepenuhnya pada tahun 1989.

Sementera itu, menurut Pembantu Tadbir Kewangan JKR Perak, Meor Shafiq Nasution Mohd Azkhar yang juga pengendali Facebook JKR Perak, pihaknya sehingga kini dalam usaha mencari bekas pekerja dan waris mangsa yang terkorban dalam insiden serangan komunis bagi mengumpul segala maklumat mengenai sejarah pembinaan JRTB.

"Pencarian ini merupakan inisiatif JKR yang sentiasa menghargai jasa dan sumbangan yang diberikan oleh kakitangan terdahulu. Kita mahu mengenang semula peristiwa bersejarah itu sebagai paparan untuk generasi muda sekarang mahupun akan datang. Amat penting untuk kita menghargai setiap keringat pekerja terdahulu kerana tanpa mereka mana mungkin pembinaan JRTB dapat disiapkan.

"Menerusi pendekatan itu, JKR Perak juga berharap sebuah galeri yang memaparkan sejarah pembinaan jalan raya berkenaan dapat dibina sebagai kemudahan untuk orang ramai yang ingin mengetahui cerita disebalik projek tersebut," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.