saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 27/09/2014

Enjin jentera jadi sasaran pengganas

PEKERJA JKR meluangkan masa untuk bergambar sewaktu bertugas pada awal pembinaan JRT B.

NIAT jahat pengganas komunis dalam menggagalkan pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB)bukan sahaja dapat dilihat daripada bilangan serangan tetapi sasaran pada setiap serangan tersebut.

Bagi pengganas itu, untuk menghenti atau melambatkan pembinaan tersebut, 'jantung' setiap aktiviti pembinaan itu perlu dimusnahkan.

"Sebab itu tidak hairan jika setiap serangan komunis akan mensasarkan enjin jentera kerana itu jantung kepada pembinaan jalan raya ini," jelas bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Abd. Manaf Abdullah (gambar), 61.

Beliau menambah, apabila enjin mengalami kerosakan atau musnah keseluruhannya, maka jentera tidak akan dapat digerakkan.

Pengganas komunis sedar usaha kerajaan menyekat kebangkitan pergerakan mereka menjadi lebih mudah sekiranya JRTB siap dibina. Justeru, usaha memberhentikan pembinaan jalan raya dipergiatkan dengan meletupkan jentera-jentera pembinaan.

Anggota tentera yang cedera ketika melindungi pekerja JKR daripada serangan pengganas komunis.

"Sebab itu, dalam kejadian serangan bom, sebilangan besar kemusnahan dialami di bahagian enjin jentera menyebabkan operasi pembinaan terpaksa dihentikan kerana jentera tidak boleh berfungsi," katanya.

Ketika kejadian letupan memusnahkan jentera pembinaan berlaku, Abd. Manaf bertugas di bahagian mekanikal di bengkel JKR di Cheras, Kuala Lumpur..

"Tugas saya ketika itu menerima jentera-jentera yang dibawa dari tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati 70 peratus daripada jentera mengalami kerosakan di bahagian enjin.

"Enjin merupakan bahagian yang paling sensitif. Apabila keseluruhan enjin pecah akibat letupan bom, maka ia tidak boleh dibaiki lagi dan perlu digantikan dengan enjin yang baharu," katanya.

Kemusnahan jentera menyebabkan kerja-kerja pembinaan mengambil masa yang lama memandangkan kebanyakan jentera diimport dari luar negara.

Sementara itu, bekas Penguasa Jentera, Mohd Taha Kumi berkata, semasa kejadian sebanyak 68 buah jentera mengalami kerosakan di sepanjang jalan raya berkenaan. Kerosakan berpunca apabila komunis bertindak meletakkan bom di dalam bahagian enjin.

"Selepas kejadian letupan kesemua pekerja tidak dibenarkan masuk ke lokasi letupan dan segala kerja-kerja pembinaan dihentikan serta merta. Rentetan daripada kejadian itu kawalan ketenteraan dipertingkatkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.