saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 27/09/2014

Rashid Maidin didakwa berada di lokasi

Bekas Penguasa Jentera Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Mohd Taha Kumi (gambar) mengakui pernah melihat kelibat pemimpin kanan Parti Komunis Malaya (PKM), Rashid Maidin di kawasan pembinaan pada hari kejadian jentera diletupkan.

Namun menurutnya, pada mulanya dia menyangka Rashid merupakan sebahagian daripada pekerja binaan kerana anggota PKM itu dilihat berada di sebuah pondok di kawasan tapak pembinaan yang turut menempatkan pekerja-pekerja lain.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah melihat mahupun mengenali wajah pemimpin kanan Melayu dalam PKM itu.

"Pada hari tersebut saya bersama pemandu bergerak menuju ke lokasi jentera ditempatkan untuk membuat pemeriksaan dan menangkap gambar mesin.

"Ketika dalam perjalanan saya ternampak seorang lelaki tua bersama seorang kanak-kanak kecil di sebuah pondok di tapak pembinaan. Lelaki tersebut mengangkat tangan dan senyum. Saya langsung tidak mengenalinya namun saya hanya membalas senyuman dan mengangkat tangan," katanya.

Sehinggalah pada 1989 ketika perjanjian damai termeterai di antara PKM dengan kerajaan Malaysia barulah Mohd Taha mengetahui lelaki yang dilihatnya sebelum itu rupanya Rashid.

"Itupun selepas melihat dia bersama dengan setiausaha dan pemimpin utama PKM, Chin Peng dalam satu gambar. Selepas itu saya maklumkan pada yang lain inilah orang yang saya nampak semasa hari kejadian jentera diletupkan," katanya.

Rashid pada mulanya merupakan anggota jawatankuasa pusat Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bersama beberapa orang nasionalis Melayu seperti Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak sebelum menyertai PKM pada 1951. Dia diberi kepercayaan oleh Chin Peng untuk memimpin Rejimen ke-10 PKM di Bentong, Pahang sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia/ Thailand selepas diburu pihak berkuasa Malaysia.

Di situ, Rashid, yang sebelum itu telah berkahwin dan mempunyai seorang isteri di Gopeng, Perak berkahwin dengan seorang gadis yang merupakan ahli PKM bernama Selamah. Dia mula dikenali selepas muncul semasa Perundingan Damai di Baling, Kedah pada tahun 1955 di antara perwakilan kerajaan Malaya yang diketuai Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dengan PKM yang diketuai Chin Peng.

Rashid meninggal dunia pada usia 88 tahun di Sesakhoon, sebuah perkampungan di Narathiwat, Selatan Thai pada 1 September 2006 sehari selepas Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-49.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.