saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 04/10/2014

Kepala di Perak, hati di Raub, ekor di Gua Musang

PELOMBONGAN emas di Raub telah menjangkau usia ratusan tahun sejak ditemui pada tahun 1700-an. - SUMBER ARKIB NEGARA

DI sebalik kemegahan Raub dengan sejarah emasnya, terdapat kisah mistik yang berkait rapat dengan hasil bumi tersebut.

Kisah itu kemudiannya dipercayai mendorong kepada wujudnya pantang larang terutama apabila berada di kawasan perlombongan emas.

Penduduk asal Raub, Omar Ali Osman (gambar), 54, antara kisah mistik popular berkaitan perlombongan emas ialah ibu emas.

"Kata orang tua-tua dahulu, terdapat sebuah emas dipanggil ‘ibu emas’ yang menjadi punca kepada wujudnya taburan emas hingga ke hari ini.

"Ada yang kata ia berbentuk lembu, kijang, rusa dan sebagainya yang dikatakan mempunyai penjaganya sendiri!

"Pernah dahulu seorang pemburu British sedang memburu di hutan. Tiba-tiba muncul seekor lembu lalu pemburu tersebut menembak haiwan tersebut.

"Menurut pemburu tersebut yang ditemani beberapa pekerjanya, jelas dipandangannya lembu itu rebah akibat ditembak, tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah haiwan tersebut hilang dan tiada langsung kesan darah.

"Justeru, mereka beranggapan bahawa mungkin lembu tersebut adalah ibu emas seperti yang pernah diceritakan oleh penduduk kampung kepada mereka. Tetapi tak ada pula yang mengatakan mungkin lembu tersebut sebenarnya belum mati dan terus lari" selorohnya.

Omar Ali menambah, satu lagi kisah popular ialah mengenai naga.

"Kepala di Perak, hati di Raub dan ekor pula di Gua Musang. Itulah naga emas yang ramai orang tak tahu.

"Alasan ia dipanggil naga kerana jaluran emas yang terdapat dibawah tanah ini dipercayai berlingkaran dari Perak, Raub, Kuala Lipis dan Gua Musang.

"Emas di Raub pula dipercayai paling berkualiti dan tinggi nilainya berbanding di tempat-tempat lain di Malaysia. Disebabkan emas yang berkualiti tinggi itulah dikatakan hatinya di sini," katanya sambil menunjukkan tapak rumah yang berlakunya pembunuhan paling ngeri di Malaysia iaitu kes Mona Fendy.

Oleh demikian, terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh pekerja-pekerja lombong waima pada zaman pentadbiran British sekalipun.

Menurut Omar Ali, jika melanggar pantang larang itu sesuatu yang buruk akan berlaku kerana dipercayai telah membuat ‘penjaga emas’ marah.

"Jika ada cerita tentang ‘ibu emas’ pasti ada peraturan dan pantang larangnya tersendiri.

"Antaranya pelombong mestilah mempunyai niat yang baik dan tidak akan melakukan perkara-perkara jahat di situ. Jika tidak, pasti malapetaka akan berlaku seperti tidak jumpa emas dan sebagainya.

"Selain itu ada juga pantang larang berbunyi seperti tidak boleh minum arak dan merokok di kawasan lombong serta macam-macam lagi.

"Tetapi, pada pandangan saya kalau pekerja yang minum arak dan merokok di kawasan lombong, pasti kena marah dengan majikan. Mungkin itulah penjaganya!" ujarnya sambil tertawa sebaik sampai ke kawasan air terjun Lata Jarum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.