saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 04/10/2014

Tidak nampak dengan mata kasar

SEORANG pekerja tapak perlombongan emas di Bukit Koman, Raub berdiri di kawasan longgokkan tanah yang dipanggil hampas.

perasaan teruja penulis tidak dapat dibendung apabila diberitahu berpeluang meninjau operasi perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Bagaimanapun, perasaan itu sedikit berubah sebaik berada di kawasan lombong milik syarikat Raub Australian Gold Mining (RAGM) itu.

Tiada lagi terowong, landasan rel dan juga shaft seperti yang terdapat dalam gambar-gambar lama tentang sejarah perlombongan emas. Persekitaran yang disaksikan tidak ubah seperti sebuah tapak pembinaan.

Menurut Pengarah RAGM, Datuk Ir Azinuddin Abd Rahim, teknik perlombongan emas hari ini tidak seperti dahulu.

"Kami tidak melombong di bawah tanah seperti yang dilakukan oleh pelombong Raub Syndicate yang pernah menggali kira-kira 300 meter ke bawah tanah.

"Justeru, kami hanya melombong di kawasan permukaan tanah sahaja dan emasnya tidak lagi dapat di lihat dengan mata kasar jika dibandingkan pada zaman awal dulu.

"Emas sekarang sebenarnya melekat pada butiran-butiran pasir halus dan memerlukan teknologi tertentu untuk mengasingkan ia daripada butiran tersebut," katanya ketika ditemui S2.

Pengurus Lombong RAGM, Aziz Talib menambah, emas yang terhasil tidak banyak seperti dahulu.

"Emas diperolehi sekarang adalah daripada hampas tanah iaitu sisa emas yang tinggal selepas dilombong oleh orang terdahulu.

"Jangan tidak percaya walaupun tapak ini seluas kira-kira 200 hektar, namun emas terhasil setiap hari tidak sampai sekilogram.

"Jadi, sebelum dihantar ke Australia untuk proses pengkelasan mengikut gred, kami perlu kumpul sejongkong emas seberat 25 kilogram.

"Maka, hendak kumpul sejongkong emas akan ambil masa yang agak lama walaupun kami melombong di kawasan yang luas.

"Oleh itu, jika sesiapa yang ingin melawat kawasan ini dan membayangkan akan melihat butiran emas mentah, lupakan sahaja sebab tidak nampak dengan mata kasar" seloroh Aziz sambil menunjukkan cara emas diproses di tapak perlombongan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.