saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 04/10/2014

Penjajahan Jepun bermula era suram

BARISAN tenaga kerja yang mengusahakan operasi melombong emas di Bukit Koman satu ketika dahulu.

Pada tahun 1898, kerajaan British telah memberi amanah kepada William Bibby untuk menjalankan operasi melombong emas secara komersial di Raub.

Justeru, Raub Syndicate telah ditubuhkan dengan kerjasama pakar-pakar dari Australia untuk melombong dan memproses emas.

Kepesatan aktiviti melombong emas di Raub berjalan lancar dan menjadi kawasan perlombongan terbesar dalam jajahan British pada ketika itu ekoran hasil bumi tersebut yang begitu banyak.

Namun, kegemilangan perlombongan emas mula suram apabila Jepun masuk ke Tanah Melayu.

Menurut Pengarah Raub Australian Gold Mining (RAGM), Datuk Ir. Azinuddin Abd Rahim, selepas Raub Syndicate melakukan perlombongan berskala besar termasuk mengambil beberapa penduduk tempatan untuk bekerja, operasi tersebut dihentikan apabila Jepun menyerang Tanah Melayu

"Melalui jalan laut di Kelantan, Jepun telah datang ke Tanah Melayu pada 1941 dan memerintah negara ini sehingga tahun 1945.

"Walau bagaimanapun, sebelum Jepun sampai ke Tanah Melayu, kerajaan British berjaya menghidu berita tersebut lalu membawa lari semua dokumen dan dalam masa yang sama menutup tapak perlombongan emas di Raub.

"Tujuan British membawa lari kesemua dokumen tersebut termasuk sebarang catatan berkaitan emas kerana tidak mahu kerajaan Jepun menyedari kewujudan emas di Raub dan membuka perlombongan yang mungkin memberi keuntungan kepada mereka," katanya kepada S2.

Beliau yang juga merupakan anak kelahiran Raub itu mengakui era pentadbiran Jepun menjadi titik noktah kepada operasi syarikat Raub Syndicate di situ.

"Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945, British menghadapi masalah untuk membuka semula kawasan perlombongan emas.

"Kegagalan itu berpunca apabila lebih kurang empat tahun kawasan perlombongan itu terbiar, oleh demikian terowong-terowong dan lubang-lubang dalam tanah telah dimasuki air. Justeru untuk membaikpulih semula kawasan lombong akan memakan masa yang lama dan kosnya pula terlalu tinggi.

"Jadi, terbiarlah kawasan lombong terbabit sehinggalah RAGM mengambil-alih kawasan lombong tersebut pada tahun 1996. Walau bagaimanapun, cara perlombongan yang dilakukan hanyalah di kawasan permukaan sahaja," katanya.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan, Ahmad Sabri Zainal Abidin menolak andaian berlaku konflik atau peperangan yang bertujuan untuk merebut emas di daerah itu dahulu.

"Tidak pernah berlaku sebarang aktiviti kekerasan sama ada zaman pentadbiran British ataupun sebelumnya.

"Konflik yang ada cumalah semasa penjajahan Jepun dan perintah 14 hari oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang mengganggu ketenteraman penduduk di Raub. Itu pun tiada kaitan dengan aktiviti perlombongan emas.

"Cerita perang memang tak ada, tetapi pernah ada satu kemalangan apabila seorang pekerja tidak perasan yang dia menghampiri bahagian takungan air dalam tanah sewaktu berada di dalam terowong, lalu tertebuk dinding tersebut. Apa lagi..tsunamilah dalam terowong itu!" jelasnya.

Kejadian itu mengorbankan nyawa beberapa pekerja lombong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.