saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 04/10/2014

Muzium, Taman Emas bakal dibina

JALAN utama bandar Raub ini pasti dilalui oleh orang ramai yang ingin menuju ke pantai timur seperti Kelantan dan utara Terengganu.

POTensi Raub sebagai destinasi pelancongan amat luas. Kekayaan sumber alam semula jadi menjadikan ia sesuai dijadikan destinasi riadah keluarga.

Air terjun di Pulau Chekas dan Lata Jarum di Hulu Dong antara popular dalam kalangan pelancong.

Penduduk tempatan, Omar Ali Osman, 54, berkata, dusun buah-buahan yang banyak di sekitar daerah ini antara penarik pelancong datang

"Jika ingin melupakan segala masalah di kota raya, inilah tempatnya.

"Selain menikmati kehijauan alam sekitar, kita boleh menghirup udara segar dan berehat sambil ditemani bunyi unggas yang menenangkan," ujarnya.

Beliau menambah, terdapat banyak inap desa dan tapak perkhemahan disediakan untuk pengunjung.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Raub, Nor Atiqah Mat Yunus berkata, pihak berkuasa tempatan kini giat mempromosikan produk-produk pelancongan bagi merancakkan ekonomi setempat.

"Sudah ramai yang tahu tentang lokasi-lokasi tarikan di Raub seperti di Bukit Fraser, Lata Lembik, Lata Berembun dan Lata Jarum.

Untuk itu, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti penginapan, pengangkutan awam dan sebagainya.

"Banyak kampung-kampung di sini mendapat peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi menyediakan produk-produk pelancongan seperti inap desa dan chalet di Kampung Sungai Pasu yang pernah memenangi anugerah Desa Bestari peringkat kebangsaan.

"Selain itu, kita juga giat mempromosikan makanan tempatan seperti gulai asam rong, nasi keduli, sambal hitam, tempoyak Raub, gulai cemumuk dan asam gelugor," katanya ketika ditemui S2.

Beliau menambah, untuk masa depan, pihaknya merancang menaik taraf jalan ke Bukit Fraser dan membina kereta kabel dari bandar Raub ke puncak bukit itu.

"Namun itu baharu perancangan sahaja dan akan dikemukakan dalam mesyuarat pihak berkuasa tempatan nanti.

"Terbaharu ialah projek Muzium Emas dan Taman Emas Raub yang telah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri untuk dibina.

"Projek tersebut dijangka bermula 2016 dan siap sepenuhnya pada tahun 2020.

"Selain itu, kami juga sedang memperkasakan taman teknologi iaitu sebuah pusat untuk membantu penduduk kampung memasar dan meningkatkan nilai tambah produk-produk berasaskan tani.

"Perancangan tersebut adalah penting kerana kami sedang membayangkan peningkatan secara drastik kemasukan pengunjung dari luar ekoran pembukaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Raub tahun hadapan yang akan menempatkan kira-kira 5,000 pelajar.

"Secara tidak langsung, pelbagai kemudahan lain akan dinaik taraf seperti pengangkutan awam dan sebagainya," ujarnya.

Menjangkakan kesesakan akan berlaku di bandar berikutan pembukaan UiTM dan beberapa pembangunan lain, Nor Atiqah berkata, pihaknya sedang dalam melaksanakan projek jalan pintas untuk mengurangkan aliran trafik di Raub.

"Untuk mengelakkan kesesakan pula, projek pembinaan lebuh raya laluan Bentong ke Kuala Krai yang dipanggil Central Spine sudah memasuki fasa ketiga dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2016.

"Lebuh raya tersebut dijangka mengurangkan kadar kesesakan bandar Raub apabila orang ramai yang ingin ke Kelantan tidak lagi perlu melalui kawasan bandar," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:34
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.