saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 07/10/2014

Sindiket rokok, arak terus bermaharajalela

LALUAN pintu B di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Gelang Patah, Johor turut dijadikan laluan untuk kegiatan penyeludupan.

JOHOR BAHRU 5 Okt. - Apa sudah jadi dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)?

Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penahanan 24 individu termasuk 12 pegawai kastam kerana terlibat dalam rasuah berkaitan penyalahgunaan kemudahan dan insentif di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kini terdedah pula satu lagi kelemahan ketara jabatan tersebut yang mengakibatkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit.

Tindakan jabatan itu yang tidak menghadkan tempoh pemilikan kad pintar untuk pemandu membawa barangan bercukai bagi melepasi pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Gelang Patah didakwa menyebabkan sindiket penyeludupan rokok dan arak terus bermaharajalela.

Kad yang wajib dimiliki oleh setiap individu yang mahu berurusan dengan kastam seolah-olah kini menjadi 'akses' untuk melakukan penyeludupan memandangkan ia tidak mempunyai tarikh luput.

Keadaan bertambah parah apabila mesin pengimbas di kompleks tersebut yang rosak sejak Ogos tahun lalu tidak diperbaiki atau diganti sehingga ke hari ini.

Semua situasi ini memungkinkan sindiket bermaharajalela menyeludup arak dan rokok serta barangan lain tanpa perlu membayar sesen pun cukai kepada kerajaan. Kerja mereka menjadi bertambah mudah apabila ada segelintir anggota kastam di situ bersedia menjadi 'balaci' kepada sindiket dengan menerima rasuah.

Walaupun pada 7 September lalu, Mingguan Malaysia mendedahkan mengenai kegiatan penyeludupan rokok dan arak yang berleluasa di Tambak Johor dan Bukit Kayu Hitam sehingga ia mengakibatkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit dalam satu malam tetapi tiada tindakan proaktif oleh jabatan itu untuk mencegahnya.

Mereka bagaikan mengamalkan sikap 'butakan mata dan pekakkan telinga' terhadap kegiatan itu walaupun mereka tahu ia berlaku.

Perkara itu diakui oleh satu sumber yang mendedahkan sehingga kini kegiatan penyeludupan masih berlaku di kompleks tersebut biarpun ia sudah didedahkan oleh media.

"Sepatutnya ada operasi pembersihan dan memperbaiki segala kelemahan tetapi malangnya perkara itu tidak berlaku, keadaan ini melemahkan semangat anggota-anggota kastam yang bertugas secara jujur dan ikhlas," kata sumber tersebut.

Selain itu, pemansuhan bayaran ganjaran kepada pegawai kastam berasaskan kes yang ditumpaskan juga turut menjadi salah punca kegiatan penyeludupan rokok dan arak berlaku.

Apatah lagi ada dalam kalangan pegawai kanan kastam yang memandai-mandai memotong wang ganjaran atau melambat-lambatkan pembayaran kepada pemberi maklumat.

Kedua-dua perbuatan itu mengakibatkan kegiatan penyeludupan bermaharajalela memandangkan pegawai kastam yang terlibat perlu mengeluarkan wang poket sendiri bagi tujuan risikan dan mendapat maklumat daripada sumber.

Pemberi maklumat pula berasa lemah semangat untuk membantu pihak kastam sehingga mengakibatkan ada antara mereka lebih rela bersubahat dengan sindiket.

Sehubungan itu, sumber berkata, adalah perlu pihak pengurusan JKDM memperbaiki semua kelemahan tersebut, jika mereka benar-benar mahu memastikan kegiatan penyeludupan melalui pintu sempadan dapat dihapuskan.

"Jika langkah itu tidak dilakukan sampai bila-bila pun kegiatan haram yang mengakibatkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit akan terus berleluasa dan bermaharajalela," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.