saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 07/10/2014

Pemilikan kad pintar terlalu lama dorong kegiatan penyeludupan

BEBERAPA anggota kastam memeriksa barangan yang dibawa oleh sebuah lori yang ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Gelang Patah, Johor baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 5 Okt. - Tempoh pemilikan kad pintar yang terlalu lama dinikmati pemandu untuk membawa barangan bercukai atau sebaliknya dikatakan menjadi antara faktor mendorong kegiatan penyeludupan rokok dan arak giat dilakukan.

Satu sumber memberitahu, setiap individu yang keluar dan masuk dengan berurusan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pintu sempadan darat serta pelabuhan wajib mempunyai kad pintar itu.

Bagaimanapun katanya, kad pintar berkenaan tidak mempunyai tarikh luput.

"Keadaan ini yang menyebabkan lori atau van sesebuah syarikat itu memasuki pintu-pintu sempadan dengan sesuka hati.

"Penyeludupan bertambah mudah jika sindiket bekerjasama dengan pegawai dan anggota JKDM yang menerima rasuah. Kad pintar berfungsi selagi pemandu lori menggunakannya, jadi bayangkan betapa mudahnya sindiket bermaharajalela membawa barangan jutaan ringgit ke dalam negara tanpa membayar sebarang cukai," katanya kepada kepada Utusan Malaysia.

Pada 7 September lalu, Mingguan Malaysia mendedahkan mengenai kegiatan penyeludupan rokok dan arak yang berleluasa di Tambak Johor dan Bukit Kayu Hitam sehingga ia mengakibatkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit dalam satu malam.

Laporan itu juga mendedahkan bagaimana terdapat segelintir pegawai dan anggota JKDM didakwa terlibat dengan sindiket.

Sumber itu berkata, pemandu lori atau van yang membawa barangan masuk atau keluar di pintu sempadan perlu menyentuh kad pintar tersebut di tempat pemeriksaan disediakan.

Anggota JKDM yang bertugas pula katanya, akan melakukan pemeriksaan ke atas barangan tersebut.

"Bagaimanapun sindiket bekerjasama dengan anggota dan pegawai JKDM terbabit supaya kenderaan mereka dilepaskan tanpa perlu menjalani pemeriksaan keselamatan," ujarnya.

Memberikan contoh operasi di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Gelang Patah di sini, sumber itu berkata, setiap kenderaan membawa barangan perlu melalui enam bahagian pemeriksaan yang dikawal anggota JKDM dan menyentuh kad pintar itu di setiap bahagian.

Katanya, bahagian tersebut adalah pintu masuk, pendaftaran , pengimbas, akses cukai atau pengecualian, Custom Verification Import (pemeriksaan) dan pintu keluar.

"Tetapi, hasil kerjasama dengan pegawai dan anggota terbabit, sindiket akan melangkau bahagian pengimbas sehingga pintu keluar tanpa sebarang pemeriksaan. Kegiatan penyeludupan bertambah mudah kerana pengimbas yang sepatutnya mengesan barangan tidak berfungsi," katanya.

Sumber tersebut turut menjelaskan, selain tidak perlu menjalani pemeriksaan, sindiket memberikan kad tersebut kepada kenderaan seludup.

"Contohnya, sindiket membawa van kosong memasuki pintu sempadan sementara di belakangnya terdapat sebuah lori membawa barangan seludup. Van tersebut akan menyentuh kad pintar di setiap bahagian dan lori tersebut hanya mengikutinya daripada belakang.

"Setibanya di pintu keluar, van ini keluar menerusi lorong tikus, manakala lori pula akan keluar melalui pintu keluar yang sah tanpa diperiksa kerana di peringkat awal pemeriksaan telah diisytiharkan tidak membawa barangan," katanya.

Menurut sumber itu lagi, sejak pendedahan berhubung penyeludupan dipaparkan media, anggota sindiket menukar modus operandi dengan menggunakan dokumen untuk membawa barangan masuk.

Katanya, mereka akan mengubah dokumen barangan yang dibawa seperti mengisytiharkan membawa minuman ringan sedangkan di dalam lori terdapat barangan seludup.

"Malah mereka tidak perlu risau kerana pegawai atasan yang menerima sogokan akan mengarahkan kenderaan tersebut tidak diperiksa," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.