LAPORAN KHAS
ARKIB : 07/10/2014
Tiada lagi ganjaran turut dipersoalkan
JOHOR BAHRU 5 Okt. - Pemberhentian bayaran ganjaran kepada pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berasaskan kes-kes yang ditumpaskan sejak 2004 dipercayai menjadi salah satu punca sindiket penyeludupan rokok dan arak menjadi-jadi kebelakangan ini.
Satu sumber berkata, tindakan berkenaan menimbulkan persoalan kerana pelaksanaannya sebelum ini banyak membantu mengurangkan beban pegawai jabatan itu yang terpaksa menanggung risiko menggunakan wang poket sendiri bagi keperluan risikan dan penyiasatan.
Katanya, ribuan ringgit terpaksa dibelanjakan bagi keperluan berkenaan terutama melibatkan kes rampasan memberi sumbangan kewangan besar kepada negara tetapi apa yang mengecewakan tiada bayaran ganjaran dibuat.
"Semasa bayaran ganjaran ini dilaksanakan, para pegawai gembira dan menjadi motivasi kepada mereka untuk gigih bertugas kerana ia mampu menampung tuntutan kos perbelanjaan hidup terutama pada musim perayaan.
"Jumlah kes rampasan turun mendadak selepas hadiah wang ganjaran ini dihentikan. Akta Kastam mempunyai peruntukan dalam perkara ini namun persoalannya mengapakah ia dihentikan," katanya kepada Utusan Malaysia.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan tindakan segelintir pegawai kanan JKDM yang dikatakan sengaja melengah-lengahkan proses pembayaran ganjaran kepada pemberi maklumat turut dipercayai menjadi antara punca sindiket penyeludupan rokok dan arak semakin berleluasa.
Sumber itu berkata, hadiah wang ganjaran dapat membantu meringankan beban kewangan pegawai JKDM yang banyak berkorban wang ringgit dan masa dalam usaha menggagalkan penyeludupan serta juga penipuan melibatkan hasil berjuta-juta ringgit setiap tahun.
Sehubungan itu katanya, sistem itu perlu dilaksanakan semula kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan mutu kerja dan produktiviti pegawai jabatan berkenaan bahkan dipercayai mampu mengurangkan perbuatan rasuah.
Kata sumber itu, negara luar banyak menyediakan ganjaran kepada pekerja awam dan Malaysia perlu memandang positif sistem yang pernah dilaksanakan JKDM tersebut.
"Tidak perlu bimbang untuk membelanjakan sejumlah wang sebagai hadiah wang ganjaran jika kegiatan penyelewengan hasil bernilai jutaan ringgit setiap tahun dapat dibanteras," katanya.
Bukan binaan masjid pertama
Seni bina campuran asas reka bentuk masjid
Putih telur, madu lebah bahan binaan utama
Tapak pusara syuhada Kedah
Sindiket rokok, arak terus bermaharajalela
Pemilikan kad pintar terlalu lama dorong kegiatan penyeludupan
Tiada lagi ganjaran turut dipersoalkan
Trend 'poligami gelap' berterusan
Boleh didakwa bersekedudukan atau zina
Dimadukan ketika usia perkahwinan menganjak 24 tahun
8 tahun tidak kenal keluarga mertua
'Poligami gelap' berdepan banyak risiko
Faktor mengapa poligami gelap dijadikan pilihan
Seraup emas sejarah Raub
Kepala di Perak, hati di Raub, ekor di Gua Musang
Tidak nampak dengan mata kasar
Penjajahan Jepun bermula era suram
Muzium, Taman Emas bakal dibina
Jadi sasaran pengganas komunis
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












