saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 07/10/2014

Trend 'poligami gelap' berterusan

POLIGAMI merupakan amalan yang dibenarkan dalam agama Islam namun ramai lelaki masa kini gemar mengambil jalan mudah berkahwin lagi satu tanpa memaklumkan kepada isteri pertama mereka.

Memburukkan keadaan, kepentingan isteri pertama lama-kelamaan tidak terpelihara manakala isteri baharu pula mendapat layanan sebagaimana perempuan simpanan gara-gara si lelaki tidak mahu rahsia terbongkar.

Amalan berpoligami secara rahsia atau 'poligami gelap' ini bukan masalah baharu dalam masyarakat namun trend ini semakin menjadijadi sehingga lebih banyak meranapkan institusi kekeluargaan daripada memperbanyakkan umat.

Wartawan Utusan Malaysia, KAMIL MASLIH, MOHD. AZRAIE MD.YUSOF dan SITI ROHAIZAH ZAINAL mengupas isu ini yang begitu sarat dengan pelbagai risiko daripada anak tidak sah taraf, perceraian sehingga kepada konflik pembahagian pusaka.

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Seakan-akan menjadi trend pasangan yang ingin berpoligami memilih bernikah di luar negara dengan memberikan alasan sukar mengikut prosedur poligami ditetapkan di negara ini tanpa mengetahui risiko pada masa akan datang.

Malahan kebanyakan pasangan lebih memilih jalan untuk mengamalkan 'poligami gelap' berbanding secara terang-terangan berikutan khuatir atau takut pernikahannya diketahui umum khususnya daripada pengetahuan isteri pertama.

Ini terbukti statistik pernikahan yang di­keluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) awal tahun ini sehingga Ogos lalu mendapati hanya 288 pasangan mendaftarkan pernikahan poligami di negara ini berbanding 438 pasangan bernikah di luar negara tanpa kebenaran kemudian mendaftarkan di pejabat agama.

Bagaimanapun, sejauh mana sebuah perkahwinan yang tidak didaftarkan atau disembunyikan daripada isteri atau keluarga pertama mampu bertahan khususnya kepada golongan wanita.

Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal berkata, 'poligami gelap' merupakan perkahwinan kedua yang di­sem­bunyikan tanpa pengetahuan isteri pertama.

Tetapi, menurut beliau, 'poli­gami gelap' atau 'madu gelap' sukar didefinisikan kerana ia boleh dikategorikan gelap sama ada daripada segi undang-undang ataupun daripada isteri pertama.

Katanya, 'poligami gelap' bukanlah sebuah perkahwinan yang boleh dibanggakan sama ada kepada suami mahupun wanita kerana tanpa disedari dengan memilih jalan kehidupan itu hanya mencetuskan keburukan berbanding kebaikan.

"Sisi kehidupan 'madu gelap' bukanlah satu perkara yang indah berikutan isteri kedua tidak mungkin mendapat pengiktirafan seperti isteri pertama kecuali perkahwinan mereka didaftarkan di pejabat agama.

"Perkara paling utama apabila suami meninggal dunia dan isteri kedua mahu menuntut sebarang hak seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedangkan suami hanya meletakkan nama isteri pertama sahaja.

"Jika isteri kedua datang membawa sijil nikah luar negara sekalipun, ia dikira tidak wujud berikutan tidak mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, Noor Aziah menjelaskan, ramai pasangan yang berkahwin di luar negara tidak memahami sijil pernikahan di luar negara tidak diiktiraf di negara ini, yang mana mereka perlu membawa surat itu ke pejabat agama.

"Pejabat agama akan membuat siasatan bagi menentukan sama ada pernikahan terbabit sah atau tidak berdasarkan siapa wali dan saksi perkahwinan tersebut.

"Kebiasaannya, pasangan yang bernikah di luar negara tidak mendaftarkan pernikahan mereka kerana khuatir isteri pertama mengetahuinya, tetapi ada juga pasangan yang telah berkahwin berpuluh tahun membuat pendaftaran terkebelakang dan membayar denda sahaja," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.