saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 07/10/2014

Boleh didakwa bersekedudukan atau zina

TIDAK semua poligami membawa kebahagiaan sebagaimana dalam filem Madu Tiga lakonan Tan Sri P. Ramlee.

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Golongan wanita yang terjebak dalam 'poligami gelap' boleh didakwa bersekedudukan atau melakukan zina berikutan status perkahwinan yang meragukan dan tidak didaftarkan di pejabat agama di Malaysia.

Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal berkata, 'poligami gelap' atau perkahwinan yang disembunyikan biasanya dijalankan di Thailand kerana prosedur yang mudah.

Walaubagaimanapun, menurut beliau, akibat kegagalan pasangan mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama dan hanya menggunakan sijil nikah luar negara boleh menimbulkan keraguan berkenaan pernikahan mereka.

"Sebagai contoh, jika tok kadi yang menikahkan mereka tidak bertauliah ia bermakna sepanjang pasangan ini hidup bersama mereka telah bersekedudukan atau berkhalwat kerana rukun nikah tidak mengikut hukum syarak.

"Oleh itu, jika dalam tempoh berkenaan wanita itu hamil dan pernikahan mereka tidak sah, mahkamah boleh mendakwa mereka berzina dan menghamilkan anak luar nikah," katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM.

Tambah beliau, biasanya 'poli­gami gelap' banyak memberi tekanan atau masalah bagi golongan wanita dan kebanyakan lelaki kini lebih gemar memilih calon isteri kedua yang lebih bekerjaya.

Katanya, perkahwinan yang dilakukan secara tersembunyi boleh menimbulkan syak wasangka dan fitnah kepada masyarakat sekeliling.

"Pernah terjadi isteri pertama meminta pegawai pejabat agama menangkap suaminya yang didakwa berzina tetapi akhirnya kita dapati wanita yang bersamanya adalah isteri keduanya dan mereka telah bernikah di luar negara.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku jika perkahwinan mereka diiktiraf atau didaftarkan di pejabat agama kerana secara tidak langsung tidak menimbulkan syak wasangka dan menjaga institusi sesebuah keluarga," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.