saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 07/10/2014

Dimadukan ketika usia perkahwinan menganjak 24 tahun

Langit tak selalunya cerah. Itulah gambaran kepada perkahwinan Jamilah (bukan nama sebenar) apabila mengetahui suaminya, Kamal (bukan nama sebenar) 'menduakannya' pada saat-saat perkahwinan mereka berusia 24 tahun.

Menurut Jamilah, sepanjang mereka berkahwin, suaminya ba­nyak menyokongnya dalam melakukan perkara yang diminati termasuk menjalankan perniagaan secara talian.

"Memang diakui perkahwinan kami sedikit suram kerana tidak dikurniakan zuriat, bagaimanapun ketika usia perkahwinan melangkah tahun kesepuluh, keadaan berubah kerana doktor mengesahkan saya hamil.

"Tetapi, saya langsung tidak menyangka bahawa suami tergamak berkahwin lain secara senyap-senyap.

Saya tahu isteri mana yang akan membenarkan suaminya berkahwin lagi satu, tetapi sekurang-kurangnya lakukannya dengan cara yang betul dan jangan menipu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Jamilah lagi, bukan niat menghalang suaminya berkahwin lain, tetapi biasanya isteri pertama pasti mengetahui kemampuan pasangannya terutama daripada sudut kewangan.

"Kita sebagai isteri mesti tahu kedudukan kewangan suami sama ada mampu memberi nafkah dan berlaku adil jika dia ingin berkahwin lain.

Malahan, ada sesetengah lelaki yang menggunakan ilmu yang tidak baik semata-mata mahu menundukkan isteri agar membenarkannya berkahwin lagi satu.

"Setelah berkahwin lain, suami jarang pulang ke rumah dan kini kami dalam proses penceraian dan akan memastikan hak penjagaan anak diserahkan kepada saya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:34
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.