saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 07/10/2014

8 tahun tidak kenal keluarga mertua

"Selama lapan tahun berkahwin saya tidak pernah ditemukan dengan keluarga mertua." Begitulah luahan isteri kedua atau 'madu gelap' berhubung keadaan rumah tangganya setelah membuat keputusan menjadi isteri kedua.

Halimah (bukan nama sebenar) bertemu dengan suaminya yang merupakan seorang pakar motivasi ketika melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti terkemuka di ibu negara.

Menurut Halimah, dia berasal daripada keluarga susah dan keluarganya menerima pinangan suaminya atas desakan kehidupan serta berharap akan menjaganya.

"Pada ketika itu juga, suami mengatakan mempunyai masalah dengan isteri pertama dan dalam proses penceraian.

Dia membawa saya dan keluarga ke Thailand untuk bernikah dan berjanji akan mendaftarkan perkahwinan kami apabila pulang ke tanah air.

"Suami telah mendaftarkan perkahwinan kami tetapi selepas beberapa bulan, dia kembali semula ke pangkuan isteri pertama dengan memberikan pelbagai alasan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini suami masih menyembunyikan perkahwinan kami daripada pengetahuan isterinya dan tidak pernah membawa saya dan anak-anak berjumpa ibunya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, jelas Halimah, perkara paling menyayat hati sepanjang tempoh perkahwinan mereka adalah apabila suami mengarahkannya bersalin di kampung.

"Saya rasa sangat tertipu sepanjang tempoh tersebut kerana suami hanya membiarkan kami menetap di kampung. Malahan, nafkah juga jarang diberikan dan pernah berlaku kami menyambut Aidilfitri tanpa dia.

"Memang sedih dengan apa yang berlaku tetapi saya tidak mahu berpisah dengan suami kerana masih menyayanginya dan memikirkan anak membesar tanpa kasih sayang ayah, cuma berharap dia tidak lupa tanggungjawab terhadap kami," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.