saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 07/10/2014

'Poligami gelap' berdepan banyak risiko

TIDAK mustahil kata dua iaitu perceraian berlaku selepas rahsia poligami terbongkar. - Gambar Hiasan

BERTERUS-terang adalah perkara yang paling dituntut dalam perkahwinan poligami namun perkara tersebut yang paling payah dilakukan.

Biarpun bermacam-macam alasan diberikan untuk perkahwinan dirahsiakan, mereka yang mengamalkan 'poligami gelap' bakal menempuh seribu satu kerumitan dan jauh menyimpang daripada konsep poligami yang dituntut agama Islam.

Hakikatnya, pelbagai masalah lain pula akan timbul sekiranya perkahwinan yang cukup berahsia itu dilakukan di negara jiran atau melalui sindiket kerana tidak mematuhi prosedur undang-undang negara.

Dalam BAHAGIAN AKHIR laporan ini wartawan KAMIL MASLIH, MOHD. AZRAIE MD. YUSOF dan SITI ROHAIZAH ZAINAL membongkar faktor mengapa 'poligami gelap' dijadikan pilihan serta risiko yang bakal timbul sekiranya masalah itu dibiarkan berterusan.

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Jalan melalui 'poligami gelap' berdepan dengan pelbagai risiko sama ada kepada pihak suami ataupun isteri baharu sehingga boleh menimbulkan pelbagai kerumitan serta menghancurkan sama sekali institusi perkahwinan.

Risiko berkenaan timbul kerana 'poligami gelap' yang menggunakan khidmat jurunikah di luar negara atau menerusi sindiket tidak mendapat pengesahan pernikahan di negara ini dan menyebabkan pernikahan itu tidak diiktiraf di bawah undang-undang negara.

Peguam syarie, Abdul Razak Muhidin berkata, pihak yang berdepan nasib paling malang sekiranya berlaku perceraian hidup atau mati adalah isteri baharu kerana tidak berupaya menuntut hak yang sama rata sebagaimana isteri pertama.

"Dari segi pandangan undang-undang, mereka bukan suami isteri. Katakan si madu ini melahirkan anak, maka pada sijil kelahiran anak itu tidak dapat dibinkan kepada nama bapa dan terpaksa ditulis tidak diketahui bapanya.

"Andaikata berlaku kematian dan si suami meninggal dunia, keadaan menjadi lebih teruk kerana isteri baharu tidak dapat menuntut pembahagian pusaka sebagaimana isteri pertama kerana pernikahan mereka tidak diiktiraf.

"Sekiranya berlaku perceraian semasa hidup, si madu itu langsung tidak boleh menuntut nafkah ataupun pembahagian harta sepencarian dan perkara ini membolehkan si suami cuci tangan bebas dari segala beban," katanya.

Menurut beliau, ramai golongan yang memilih jalan untuk bernikah di negara jiran atau melalui sindiket terlupa mengenai kepentingan sijil pernikahan yang sah dan seterusnya menimbulkan kerumitan pada ketika anak sudah dewasa puluhan tahun atau ketika si suami telah meninggal dunia.

Katanya, risiko pada pihak suami juga tidak kurang kerana beberapa kelebihan dan hak yang sepatutnya dinikmati tidak dapat diperoleh memandangkan pernikahan itu tidak pernah mendapat pengiktirafan.

"Katakan si madu ini mahu mengikut lelaki lain, si suami tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tiada bukti secara hitam putih untuk perkahwinan mereka. Sukar bagi si suami untuk buktikan hak terhadap isteri tanpa ikatan yang formal," katanya.

Menurut beliau, memang terdapat banyak pernikahan di negara jiran berkesudahan dengan berjaya memperoleh pengesahan penikahan di negara ini tanpa maklumat mengenai pernikahan itu perlu diberikan kepada isteri pertama.

"Ada sesetengah kes yang mana rahsia itu dapat disimpan sampai mati tetapi berapa banyak madu yang sanggup hidup seperti perempuan simpanan dan tidak dapat mengecapi keindahan sebagaimana seorang isteri yang sepatutnya.

"Memang ada kes yang mana si madu berdepan dengan isteri pertama dan si suami diberikan kata dua antara mereka, memang ada kes yang berakhir dengan toleransi dan kebahagian kepada semua pihak namun banyak juga kes yang berakhir dengan perceraian," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.