LAPORAN KHAS
ARKIB : 07/10/2014
Faktor mengapa poligami gelap dijadikan pilihan
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Poligami yang berlandaskan tuntutan undang-undang negara perlu memenuhi syarat-syarat tertentu demi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara tidak kira pihak suami, isteri pertama, madu ataupun anak-anak.
Setiap poligami yang sah perlu melalui peringkat permohonan oleh si suami kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan beberapa perkara akan diteliti oleh mahkamah termasuk pendapatan suami, komitmen termasuk kewajipan tanggungan kewangan, bilangan tanggungan anak dan juga bilangan orang yang bakal ditanggung.
Walaupun pihak isteri pertama akan dipanggil oleh mahkamah untuk persetujuan poligami namun kata putus sebenarnya terletak kepada kuasa mahkamah untuk membenarkan atau menolak pernikahan itu diteruskan.
Poligami secara berterus-terang ini jauh berbeza dengan poligami gelap yang penuh dengan muslihat agar pernikahan itu tidak diketahui oleh isteri pertama, anggota keluarga mahupun anggota masyarakat.
Menurut Peguam syarie, Abdul Razak Muhidin, terdapat beberapa faktor yang memungkinkan seseorang lelaki itu mengelak prosedur yang sah dan sebaliknya mengambil jalan mudah untuk melakukan pernikahan secara sembunyi di negara jiran atau melalui sindiket;
Faktor 1: Si suami berasa terlalu tertekan kerana orang pertama yang akan dipanggil oleh mahkamah adalah isteri pertamanya. Si suami yang mahu melepaskan diri daripada tanggungjawab tidak mahu rahsianya terbongkar sehingga menggoncangkan perkahwinannya yang sedia ada.
Faktor 2: Si suami takut berhadapan dengan reaksi negatif keluarga bakal madu kerana pelbagai soalan berbentuk rahsia peribadi seperti jumlah pendapatan akan ditanya di mahkamah dan dibimbangi berlaku salah faham dengan keluarga bakal mertua
Faktor 3: Si suami mempunyai masalah untuk membuktikan kemampuan. Mahkamah akan bertanya secara teliti mengenai kemampuan kewangan si suami. Selain itu, si suami akan diminta membuktikan alasan seperti kesukaran mendapatkan zuriat dengan isteri pertama. Kebanyakan suami juga tertekan apabila ditanya kemampuan untuk berlaku adil.
Kata Abdul Razak, dengan memilih pernikahan secara sembunyi, si suami dapat melepaskan diri daripada berdepan dengan mahkamah serta menjalani kehidupan berpoligami secara rahsia.
Begitupun, jelas beliau, konflik akan tetap timbul kerana lazimnya si madu tidak mampu hidup selamanya dalam kerahsiaan dan tetap mendambakan kebahagian sebagaimana seorang isteri yang biasa.
"Rahsia adalah satu beban yang amat berat kepada manusia, gelap tidak selamanya gelap, gelap ini tetap mencari rahsia, adalah tidak adil dan tidak semulajadi untuk seorang madu dilayan sebagaimana seorang perempuan simpanan, konflik ini lebih melarat apabila ada anak-anak," katanya.
Bukan binaan masjid pertama
Seni bina campuran asas reka bentuk masjid
Putih telur, madu lebah bahan binaan utama
Tapak pusara syuhada Kedah
Sindiket rokok, arak terus bermaharajalela
Pemilikan kad pintar terlalu lama dorong kegiatan penyeludupan
Tiada lagi ganjaran turut dipersoalkan
Trend 'poligami gelap' berterusan
Boleh didakwa bersekedudukan atau zina
Dimadukan ketika usia perkahwinan menganjak 24 tahun
8 tahun tidak kenal keluarga mertua
'Poligami gelap' berdepan banyak risiko
Faktor mengapa poligami gelap dijadikan pilihan
Seraup emas sejarah Raub
Kepala di Perak, hati di Raub, ekor di Gua Musang
Tidak nampak dengan mata kasar
Penjajahan Jepun bermula era suram
Muzium, Taman Emas bakal dibina
Jadi sasaran pengganas komunis
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












