saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 11/10/2014

Bukan binaan masjid pertama

ALMARHUM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (kiri) dan Almarhum Tunku Mahmud Ahmad Tajuddin (dua kanan) pada hari perasmian Masjid Zahir, Alor Setar pada 1915. - GAMBAR IHSAN MUZIUM NEGERI KEDAH

Masjid Zahir yang tersergam indah di tengah-tengah bandar raya Alor Setar kini sebenarnya bukanlah binaan masjid pertama di tapak itu.

Terdahulu, sebuah masjid berbumbung nipah dan diperbuat daripada kayu telah dibina di tapak sama pada zaman pemerintahan Sultan Kedah ke-19, Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II pada 1735.

Letaknya masjid itu betul-betul berhadapan Istana Kota Setar yang turut dikenali dengan pelbagai nama termasuk Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin iaitu lokasi di mana Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II bersemayam.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tapak itu dipilih. Antaranya disebabkan pertalian erat antara istana dengan alim ulama terutamanya bagi menjalankan upacara berkaitan agama.

Selain itu, pada waktu tersebut, jalan air merupakan antara laluan utama bagi para penduduk di sekitar Kota Setar. Maka, kedudukannya yang terletak berhampiran Sungai Kedah memudahkan masyarakat setempat untuk datang berjemaah di situ, selain memudahkan jemaah mengambil wuduk.

Bagaimanapun atas beberapa faktor termasuk kebolehan menampung jemaah yang sedikit iaitu sekitar 600 jemaah berbanding peningkatan jumlah penduduk, kerja-kerja pembinaan masjid baharu iaitu Masjid Zahir yang sehingga kini kekal menjadi mercu tanda Alor Setar dimulakan pada hari Isnin, 11 Mac 1912 bersamaan 22 Rabiul Awal 1330 Hijrah.

Pembinaan tersebut dijalankan atas daya usaha Almarhum Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang merupakan Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri pada masa berkenaan. Ketika itu, baginda memangku tugas kakandanya, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Pembinaan masjid baharu itu tidak bermakna masjid lama dirobohkan, sebaliknya ia dipindahkan ke Alor Merah yang terletak tidak jauh dari situ.

Bagi memastikan kerja-kerja pembinaan masjid lancar, Tunku Mahmud telah mengamanahkan kepada lima Ahli Jawatankuasa Negeri untuk memantau perkembangan projek tersebut, diketuai anakanda saudaranya yang juga anakanda sulung Sultan Abdul Hamid, Tunku Ibrahim.

Empat yang lain adalah Hakim Besar Negeri, Syed Hassan Syed Muhammad Barakbah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Muhamad Ariffin Muhammad Arshad; Penasihat British, W.G Maxwell serta Jurutera Negeri, James Gorman yang turut dipertanggungjawabkan melukis pelan bersama rakyat tempatan dikenali dengan nama Pak Din.

Seperkara lagi yang mungkin tidak diketahui ramai, apabila Tunku Mahmud memutuskan untuk membina masjid baharu tersebut, Gorman telah dititahkan untuk mencari reka bentuk masjid tercantik di Sumatera untuk dijadikan panduan.

Bagi melaksanakan titah itu, Gorman telah ke Sumatera Utara dan mengambil senibina Masjid Azizi di Bandar Langkat untuk diilhamkan ke atas pembinaan Masjid Zahir.

Setelah tiga tahun dibina, masjid itu akhirnya dibuka secara rasmi pada 1915 dan diisytihar sebagai Masjid Negeri pada 1955.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.