saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 11/10/2014

Seni bina campuran asas reka bentuk masjid

Tiang-tiang perhiasan Masjid Zahir memaparkan reka bentuk klasik.

DALAM bahasa seni bina, pendekatan yang digunakan untuk membina Masjid Zahir boleh dikatakan sebagai senibina 'ecltectic' atau seni bina campuran.

Mengulas mengenainya, Felo Akademik Kanan, Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ar. Dr. Mastor Surat berkata, seni bina masjid itu adalah cetusan pemikiran dari seni bina Mughal di India Utara yang dibawa penjajah Inggeris melalui kumpulan teknikal terdiri daripada arkitek, jurutera dan jurubina dari India.

"Ketamadunan Mughal ini dibangunkan oleh orang Parsi yang mengadunkan seni bina warisan mereka dengan seni bina masyarakat India. Bagaimanapun, Inggeris turut membawa kumpulan teknikal mereka sendiri dari England yang banyak membangunkan seni bina gaya Neo-Classicism' dan Neo-Gothic di Tanah Melayu.

"Umpamanya binaan kubah berbentuk bawang dan gerbang 'corbel' yang diambil dari perwatakan seni bina kuil Hindu serta gerbang iwan yang dibawa dari seni bina kuil Majusi orang Parsi diterapkan di Masjid Zahir. Di daerah pemerintahan Mughal, seni bina demikian lazimnya diterapkan ke atas binaan makam raja atau pemimpin mereka seperti mana Tajmahal yang dibangunkan Maharaja Shah Jahan," katanya.

Beliau menambah, lazimnya binaan dibangunkan orang Mughal bersifat besar dan tersergam bagi menyatakan kedudukan darjat yang tinggi pemimpin mereka.

"Bagaimanapun untuk Masjid Zahir, kumpulan teknikal tersebut mengadunkan pula gaya dan perwatakan seni bina klasik yang lazimnya diperagakan pada tiang kuil Pantheon bagi orang Yunani dan Kuil Parthenon untuk orang Romawi sebagaimana yang boleh dilihat pada binaan tiang utama dan tiang perhiasan di sekelilingnya.

"Justeru dalam bahasa seni bina, pendekatan yang digunakan dalam seni bina masjid tersebut boleh dikatakan sebagai senibina 'eclectic' atau seni bina campuran," jelasnya.

Mengulas lanjut katanya, gaya dan perwatakan seni bina Masjid Zahir juga begitu bertentangan dengan gaya dan perwatakan seni bina masjid warisan yang telah dibangunkan oleh orang Melayu di seluruh alam Melayu.

"Masjid warisan orang Melayu berbentuk Meru atau turut dipanggil sebagai bentuk gunungan manakala orang Inggeris menggelarnya sebagai bentuk piramid.

"Bangunan untuk kegunaan ibadat orang Melayu berbentuk meru merupakan kesinambungan bentuk dan falsafahnya dari binaan meru purba yang terdapat di merata dunia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.