saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 11/10/2014

Putih telur, madu lebah bahan binaan utama

BERSANDARKAN cerita-cerita lisan, Penghulu Masjid Zahir, Muhamad Abd. Aziz, 49, mendakwa putih telur, madu lebah dan limau nipis merupakan antara bahan yang digunakan dalam pembinaan masjid tersebut.

Menurutnya, perkara itu bukan mustahil kerana di sepanjang Sungai Kedah yang terletak berhampiran, terdapat banyak pokok limau dan pokok tualang yang menjadi tempat untuk lebah menghasilkan madu.

Pandangan itu, diperkukuhkan lagi dengan kenyataan dari Felo Akademik Kanan, Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ar. Dr. Mastor Surat bahawa kaedah binaan Masjid Zahir mempunyai persamaan dengan binaan yang menggunakan khidmat kumpulan teknikal dari India atau England.

"Struktur binaannya menggunakan batu bata yang disusun bagi menanggung beban sama ada dari bumbung atau dari lantai atas. Dinding batu-bata yang dilepa, lazimnya menggunakan serbuk kapur yang diperolehi daripada cangkerang haiwan seperti kerang yang dibakar terlebih dahulu.

"Setelah itu, kulit cangkerang tersebut akan dilembutkan dengan menggunakan asid. Secara semula jadinya, asid mudah diperolehi dari limau," katanya.

Beliau menambah, kulit cangkerang yang telah lembut itu akan ditumbuk dan diayak bagi menjadikannya serbuk atau debu lepaan.

"Di sinilah pula madu dan putih telur akan digunakan sebagai ramuan pengikat lepaan," jelasnya.

Sementara itu, Muhamad memberitahu, ketika proses memindahkan jenazah para syuhada dilakukan untuk membina Masjid Zahir, terdapat jenazah seorang wanita bernama Zahrah yang tidak reput biar pun sudah lama dikebumikan.

"Cerita ini turut diberitahu oleh salah seorang bekas imam Masjid Zahir kepada saya. Lokasi kubur jenazah itu betul-betul di bawah mimbar masjid ini sekarang," katanya.

Dikatakan juga, sebelum projek mencantikkan tebing sungai di sekitar Masjid Zahir dijalankan, orang ramai dapat melihat cebisan keranda lama di tebing sungai setiap kali air sungai yang melepasi tebing, mula surut selepas hujan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:34
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.