saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 11/10/2014

Tapak pusara syuhada Kedah

TAPAK menempatkan Masjid Zahir suatu ketika dahulu pernah menjadi pusara kepada para pahlawan negeri Kedah yang gugur mempertahankan negeri daripada ancaman Siam.

Terdapat lebih 1,000 jenazah para syuhada di situ yang memperta-hankan negeri ketika dilanggar Siam di Kuala Kedah bermula pada 12 November 1821.

Malah menurut Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof, jenazah para syuhada yang cuba mempertahankan Balai Besar negeri daripada dibakar Siam pada tahun sama turut ditempatkan di situ.

"Dikhabarkan masjid itu dibina betul-betul di atas tapak para syuhada disemadikan. Bagaimanapun sebelum pembinaan dimulakan pada 1912, jasad para syuhada itu sudah dialihkan ke tempat lain," jelasnya.

Sementara itu katanya, pembinaan Masjid Zahir oleh Tunku Mahmud yang memangku tugas kakandanya, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II pada 1735, merupakan manifestasi gabungan antara dakwah Islam dan pemodenan yang dibawa baginda berdua.

"Tunku Mahmud merupakan putera raja yang diketahui ramai, sangat aktif dalam bidang dakwah bersama Syeikhul Islam Negeri Kedah, Syeikh Wan Sulaiman Wan Siddiq sementara Sultan Abdul Hamid pula sememangnya dikenali sebagai bapa pembangunan Kedah.

"Jadi, pembinaan Masjid Zahir dianggap sebagai sebahagian daripada bentuk pemodenan dakwah. Apabila masjid itu dibuka, setiap Jumaat para alim ulama yang menganggotai Ahli Majlis Fatwa diketuai Syeikh Wan Sulaiman akan berkumpul di situ bagi berbincang mengenai fatwa," ujarnya.

Menceritakan mengenai perasmian Masjid Zahir pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 bersamaan 6 Zulhijjah 1333 Hijrah, Wan Shamsudin berkata, majlis itu dihadiri oleh ramai alim ulama termasuk dari luar negara.

"Tidak lama selepas perasmian masjid itu disempurnakan Sultan Abdul Hamid, masuk waktu solat Jumaat. Lantas, Kadi Besar yang dikenali dengan nama Syeikh Ismail melaungkan azan.

"Setelah itu, khutbah dibaca oleh Tunku Mahmud sementara Sultan Abdul Hamid pula menjadi imam. Bagi saya, ini menunjukkan baginda berdua sememangnya alim dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama," katanya.

Jelasnya lagi, baginda berdua sememangnya mempunyai ramai guru agama dalam kalangan ulama menyebabkan kedua-duanya dipandang tinggi oleh masyarakat sehingga ke hari ini.

"Selain Syeikh Wan Sulaiman yang cukup terkenal di nusantara, antara guru Sultan Abdul Hamid yang ternama adalah Wan Muhammad Idris Wan Jamal atau lebih dikenali sebagai Tok Syeikh Jarum," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.